Connect with us

Viral

“Vibe dia fuhh” Gamit Nostalgia, Tular Kumpulan Lelaki Banjiri Ibu Kota Peragakan Fesyen Zaman 70-an

Macam kita tahu, ‘style’ pakaian sememangnya mengikut peredaran zaman. Jika nak dibandingkan zaman kini dan zaman dahulu, memang banyak perbezaan.

Bagaimana pun, ianya sama sekali tidak menjadi penghalang untuk kita ‘kembali’ ke masa lalu dengan menghidupkan suasana seperti di zamannya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan lelaki dan wanita ‘turun’ ke ibu kota dengan lengkap memakai pakaian seperti di tahun 70-an mencuri perhatian ramai.

Perjumpaan yang menggamit nostalgia itu diadakan pada Sabtu dan telah dihadiri seramai 70 orang malah dapat kita lihat pakaian mereka tidak tumpah seperti ‘Orang lama’.


“Perjumpaan pertama menggamit nostalgia tahun 70-an telah pun selesai dan kami telah membanjiri ibu kota pada 20 Ogos 2022.”


“Seramai 70 orang yang kami dapat kumpulkan semalam, semuanya sporting,” kata akaun Facebook 70’s Revival

Memetik laporan Siakap Keli, mereka tidak mengenali antara satu sama lain namun ianya bukanlah menjadi satu penghalang untuk mereka berkenalan dan mencipta memori bersama.


Pelbagai gaya yang dapat kita lihat dan masing-masing memperagakan pakaian tersendiri sewaktu membanjiri ibu kota Kuala Lumpur.

Apabila ditanya tentang perjumpaan yang seterusnya, mereka belum mempunyai apa-apa rancangan setakat ini tetapi mengatakan ramai yang meminta untuk mengadakannya sekali lagi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen rindu akan suasana tersebut malah ianya juga menggamit memori dulu kala.

Antara komen warga maya:

“Vibe diaaa fuhh”

“Rindu semua kenangan zaman ni”

“Macam mana diorang boleh terlepas daripada mesin masa ni?”

“Suka nyaaa tengok pakaian lama2 gini..”

“Best lah sporting semuanya.. kalaulah terserempak..”


Video yang tular di laman TikTok:

@jorahmang 70 an takluk Bukit Bintang @_wankan_ #fyp #kl #klfw #fesyen #70s #70an #fypシ゚viral ♬ Kasih Berubah – Flybaits

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.