Connect with us

Viral

PU Syed Cadang Buat Himpunan Bantah Blackpink, Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Sejak wabak COVID-19 semakin beransur pulih, pelbagai aktiviti hiburan seperti acara konsert diadakan kembali setelah ‘hiatus’ selama 2 tahun lalu. Walau bagaimanapun, ada pihak yang tidak gemar dan membantah konsert-konsert hiburan itu dijalankan.

Memetik laporan OhMyMedia, seorang pendakwah bebas, PU Syed telah mencadangkan untuk membuat himpunan bantah konsert kumpulan girlband dari Korea Selatan itu, Blackpink.

Sebelumnya, pendakwah tersebut juga telah menyuarakan pendapat beliau mengenai konsert Billie Eilish yang telah diadakan baru-baru ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, beliau menyatakan hasrat beliau ingin mengadakan himpunan untuk membantah kehadiran Blackpink yang bakal berlangsung pada Mac 2023 akan datang.

“Kerajaan Wajib Halang Kumpulan ini dari jejak kaki mereka ke Bumi Malaysia atau kami akan usahakan utk buat himpunan dlm membantah kehadiran mereka ini!!

“Mac 2023 bukan lama lagi…mula dari sekarang gerakan utk halang mereka ini!!” tulis beliau dalam perkongsiannya.

Menurut pendapat PU Syed, cadangan untuk membantah girlband itu masuk ke Malaysia adalah untuk mengelakkan akidah umat Islam terpelihara dari sebarang anasir luar yang mampu melalaikan anak muda terutamanya bagi masyarakat yang beragama Islam.

“Keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga..” jelas beliau.

Tambah beliau, jika para peminat Blackpink ini mahu menonton konsert yang bakal diadakan oleh mereka, silalah pergi ke Korea Selatan dan berhibur di sana.

“Jika orang kaf*r di Malaysia ini yg “selok” sgt nak berhibur..silakan pergi ke Korea atau ke mana shj, tapi jangan di Malaysia!!” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik dan memberikan ‘idea’ mereka mengenai cara memelihara diri sendiri sebagai umat Islam jika konsert tersebut diadakan juga.

Bukan itu sahaja, ada beberapa individu yang menyelar tindakan kerajaan kerana tidak mampu menyekat masuk hiburan yang dikatakan ‘anasir’ luar ini masuk ke dalam Malaysia.

 

Antara komen netizen:

“Semoga Allah melindungi negara kita dan rakyat yang beragama Islam.”


“Penganjur kene ingatkan yg muslim supaya solat dan elakkan bersentuhan lelaki perempuan..”

“Sepatutnya KERAJAAN ada kuasa utk sekat semua ni,tapi kenapa boleh terlepas masuk juga benda2 macam ni?”

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.