Connect with us

Viral

Tular Kanak-Kanak Ceroboh Homestay, Netizen Persoalkan Tindakan Pemilik Letak CCTV Hadap Kolam Renang

Tidak dinafikan, penggunaan kamera litar tertutup pada masa kini sangatlah penting apatah lagi di dalam rumah. Manakan tidak, pada masa kini banyak pencerobohan dan perompakan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita memaparkan aksi sekumpulan kanak-kanak menceroboh homestay dan bertindak mandi di kolam renang homestay tersebut mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @caramelmacchiato5195, difahamkan kejdian tersebut berlaku di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Perak.

Dapat dilihat kanak-kanak tersebut teruja berenang dalam kolam renang sebelum menyedari kegiatan mereka dirakam oleh CCTV lalu bertindak pantas keluar daripada homestay itu.


Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai namun bukanlah tindakan kanak-kanak menceroboh itu yang dibualkan.

Namun menjadi tanda tanya ramai mengapakah ada CCTV di dalam homestay bahkan nyata ianya mengganggu privasi pengunjung kelak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing. Ada menganggap ianya satu perkara yang bahaya kerana pengunjung tidak mempunyai privasi apatah lagi bila melibatkan aurat seseorang.

Bagaimana pun, ada yang berfikiran positif mungkin CCTV itu hanya dipasang untuk memantau keadaan jika tiada penghuni di dalam rumah.

Antara komen netizen:

“Bahaya mat homestay ni tak ada privasi.. lepas ni mau beringat la kalau nak sewa homestay”

“Tapi kan kenapa ada cctv dekat homestay?!!!!”


“Tak sekarang ni kes dia budak2 pun dah pandai ceroboh rumah orang”

“Adik adik ni under cover pandai kantoikan homestay ni ada cctv”

Video yang tular di laman TikTok:

@caramelmacchiato5195 ceroboh masuk homestay ✅ tunjuk aksi renang ✅ terkantoi ✅ #fyp #foryoupage #fypage #fypシ #viral #malaysiantiktok ♬ original sound – caramel macchiato – kopipasta

Sekadar info, CCTV diletakkan di homestay tersebut hanyalah sementara kerana tiada pelanggan yang menyewa dan mahu memantau keadaan sekeliling terutamanya apabila berlaku pencerobohan dan perkara yang tidak diingini.

Tidak cukup dengan itu, CCTV akan dimatikan jika adanya pengunjung di dalam rumah bagi menghormati privasi mereka selama tinggal di homestay tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.