Que Haidar Dedah Mengapa Anaknya Pilih Untuk Tiada Akaun Sosial Media Raih Perhatian Netizen
Terdahulu, kejelitaan dua anak perempuan pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine ini sentiasa menjadi tumpuan warga netizen di laman TikTok milik bapanya. Manakan tidak, mereka memiliki wajah campuran yang cantik.
Semakin meningkat umur, kelihatan Tengku Ratu Haidar semakin matang walaupun baru berumur 13 tahun manakala adiknya Tengku Cleopatra Haidar juga tidak kalah cantik dengan baru umur 10 tahun.
Baru-baru ini, pelakon hebat Que Haidar serta kedua anak perempuannya itu telah dijemput untuk menghadiri pentas rancangan hiburan ‘Meletop’ dan mendapat sambutan yang meriah daripada rata-rata penonton di situ.
Menurut temubual Meletop, hos rancangan Nabil Ahmad telah bertanyakan soalan berkenaan penggunaan akaun media sosial kerana Ratu dan Cleo hanya berkongsi satu akaun dengan Que Haidar.
Cleo dan Ratu mengatakan mereka tidak mempunyai masalah untuk tidak memiliki akaun peribadi.
Malah, Que Haidar merasakan kedua anak perempuannya ini masih belum bersedia untuk menerima komen dan kritikan oleh segelintir netizen yang sentiasa memberi komen yang negatif.
Menerusi beberapa video yang diletakkan dengan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Que Haidar di laman TikTok ini juga telah meraih pujian warganet yang kagum dengan kecantikkan Tengku Ratu dan Tengku Cleo.
Walaupun jarang melihat anak Que Haidar muncul di kaca TV, semasa temubual tersebut Ratu dan Cleo seperti sukar untuk menjawab soalan Bahasa Melayu yang diajukan.
Namun, pelakon yang membintangi filem Rock Oo ini menjelaskan sebenarnya anak perempuannya itu memahami Bahasa Melayu cuma lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen yang positif tentang anak Que Haidar, Tengku Ratu dan Tengku Cleo. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan walaupun umur masih belasan tetapi sudah memiliki kecantikan ala-ala ‘mix’.
Antara komen warganet di laman TikTok:
“Lawa oh anak-anak abang que macam patung Barbie”
“Alhamdullilah, Ratu dah besar dan sangat cantik..semoga sihat selalu, murah rezeki dan jadi anak yang solehah dan berbakti untuk orang tua”
“Dah besar dah ratu-ratu ni..menawan sangat..”
“Aunty siap record sebab taknak ketinggalan tengok anak-anak Que Haidar ni..Mama takda ke? Aunty minat dengan ratu dan cleo”