Kesihatan
“Bont*t besar macam pompuan” Kena Reject & Dicaci, Pemuda Ini Nekad Untuk ‘Sado’ Dari 150Kg Ke 80Kg
Memiliki bentuk badan yang besar daripada orang lain selalunya akan menyebabkan individu menjadi kurang keyakinan diri.
Ramai yang akan cuba untuk menurunkan berat badan tapi kebiasaanya akan hampa di tengah jalan kerana ianya bukan sesuatu yang mudah.
Walaubagaimanapun, pemuda ini Firdaus berjaya buktikan yang beliau mampu untuk menurunkan berat badannya daripada 150kg kepada 80kg!
Mari kita ikuti perkongsian beliau untuk dijadikan panduan!
_________
Zaman sekolah hingga aku berumur 20 tahun. Aku sering dicaci dan dikutuk. Dah banyak perempuan reject aku hanya dengan pandang rupa dan bentuk badan aku.
Life transformation!
Masa aku tingkatan 3. Tanpa aku sedar berat aku mencecah 150 KG . Yelah, habit makan banyak. Dulu balik sekolah je beli makan dan jajan.
Petangnya pulak pergi pasar malam. Exercise? Jangan tanya wehh. Dulu aku bukannya bersukan.
BACA: Kerap Selfie Dorong Zulaikha Turun Berat Badan Dari 103KG ke 44KG
Aku bangga la jugak masa darjah 5 jadi pemegang rekod “Budak paling berat dalam sekolah.” Time tu timbang sebab ada ujian subjek pendidikan jasmani. HAHAHA
Cinta? Adakah istilah untuk ‘ HATI ‘ dan ‘ CINTA ‘ untuk orang gemuk macam aku? Setiap kali aku nyatakan hasrat keinginan ku. Mesti ada yang gelak. Mesti ada yang kutuk.
Salah ke si gemuk suka kan perempuan cantik?
Dulu aku sorang yang tak ceria. Balik dari sekolah mesti nangis. Yelah kan. Kat sekolah asyik dibuli.
Bayangkan. Yang ejek bukan sorang dua, tapi satu geng consist of 7-15 orang. Macam Mana tak depress. “babi lalu” “bontot besar macam pompuan”
Dulu. Aku minat giler dengan big bang especially T.O.P Big Bang. Jangan anti aku eh. Aku bukan kpoper tegarss. Hahahahahaha. TOP ni dulu gemok jugak tau… Motivasi aku.
Selain itu. Karisma James Bond buat aku nak kurus. Sebab first, dia macho dan second perempuan keliling pinggang. Hahahahha
Sekarang daus nak sharekan tips yang daus amalkan until hilang 70 KG!!!
1) Cari motivasi korang. Maybe yang dah berjaya hilangkan berat. Korang boleh juga jadikan crush as pembakar semangat
2) Pasang niat korang sebab apa perlunya kurus. Ubat mindset korang. Sampai bila korang nak gemok??! Sampai bila nak dihina orang kurus?
3) Jaga daily calori intake korang. Minimum kurangkan 500 cal dari daily calorie intake. Contoh: for lelaki 2000 – 500 = 1500 Calori 1500 Calori dari makanan maximum korang kena ambil ya BOSSKU!!!
Daily calorie intake ni hanya untuk reference.
4) Pemakanan Paling Paling Paling penting!!! – No Minyak – No Gula – No Garam – Less Carbo – More Protein – No sodium intake ( Jajan keropok dll)
5) Ramai tertanya. Macam mana nak masak tanpa minyak. mesti melekat dekat kualikan. Korang gunakan Non Stick Pan ya anak- anak.
6) Cara untuk istiqamah – Timbang berat anda for once a week. Catat kan dalam buku nota untuk kenangan dan progress korang. Maybe even turun sikit. But u must proud of it. Ingat. Korang nak kurus bukan utk 6 bulan je. But korang nak ubah lifestyle! Itu important
7) Exercise! Important as well. Daus faham badan kita cepat penat sebab lemak terkumpul. But jangan jadikan itu ALASAN! start with minimum 10 minit of brisk walk. Day by day tmbh sikit masa. Jadikan 30 mint. Then try jogging pulak.
8) Exercise – Aku syorkan korang untuk weight training dan cardio. Some people pilih cardio instead of weight training. Weight training – Burn calorie after the session Cardio – Burn calorie during session If gabungkan dua dua. Jadi meletop!!!
9) Still Exercise – Target something that buat korang takut. Contohnya, try daftar marathon 10km. Target berapa cepat korang boleh capai garisan penamat. Train hard enough to achieve. I know there is nothing impossible!
10) Pemakanan Makan makan dan makan. Bila nak kurus ni!! Stress yaaaaaaa. Daus time nak start transformasi (until now) makan 1/4 karbo 1/4 Protein 1/2 Sayur Sayur berfungsi untuk kenyangkan perut. Protein untuk increase lean muscle. Karbo as tenaga
Sabar ya geng YOY Network. Daus trget nak bagi 25-30 tips dengan niat dapat membantu dan mengubah hidup orang lain. Inspires other.
11) Makan di luar/restoran/mamak Ini antara yang susah. Okey korang target food yang low calorie.
- Nasi ( kuantiti segenggam tangan )
- Ikan Bakar/kukus
- Bihun Sup
- Air Masak ( Air manis is a nono )
12) Air Masak minimum 3- 4 Liter sehari. Bnyak lagi bagus.
25 KG – 1 Liter
Contohnya, if korang 75 Kg, air masak yang perlu diambil adalah 3 Liter. Air masak membantu increase kan metabolisme badan. Tak rasa ke minum air masak badan segar kan
13) Tidur yang cukup. Penting ya tidur. Baiki muscle yang dah koyak and ibarat reset balik system badan.
7- 8 Hours of sleep
- Stress hilang
- Energetic
- Elak makan lewat malam/snack time
- Training tak lesu
14) A paper of truth. Nampak gempakkan. Hahhahaa. Tips kalini. Korang cuba ambil satu kertas. Listkan benda yang nak buat selepas dah kurus nanti.
Contoh daus:
- Makan Sedap
- Baju saiz S
- Seluar saiz 32
- Cari GF cantik 🙈 ( Tak jumpa lagi)
- Dapat jadi model
15) Exercise time
Digalakkan untuk bersenam pada waktu pagi (selepas bangun tidur). Berjogging dan aktiviti kardio waktu pagi pada perut kosong akan tingkatkan proses pembakaran. Korang akan rasa lagi penat tetapi berbaloi.
16) Aktiviti outdoor.
Daus galakkan korang until start involve with nature. Aktiviti seperti hiking dan caving banyak mencabar ketahanan fizikal. Siapa kata orang gemuk tak boleh hiking??!!! Jangan dengar cakap diorang
17) HITT Training dan body weight workout
High Intensity Interval Training (HIIT) adalah suatu kaedah latihan intensiti tinggi diselang dengan rehat. Buat dalam 3-5 kali atau setiap hari lagi bagus
HIIT Training
- Lari 100m
- Jog 200m
Ulang selama 20 kali
18) Cheat meal
Cheat meal adalah hari dimana daus anggap sebagai hadiah kepada diri sendiri. Cuba amalkan cheat meal 1 kali sebulan je. Bagi badan sedikit rehat. Kalau hari hari makan makanan sihat pun muakkan geng. Hahahshshsh
19) Cheat meal
Antara makanan yang daus kategorikan OK adalah
- KFC (ayam)
- Subway
- kfry (Ayam)
- Nasi Ayam/kunyit dll
Target cheat meal korang yang high in protein
20) Beli baju atau seluar yang kecil.
Okey tips ni antara bahan motivasi paling efektif. Beli saiz baju/seluar yng korang target nak pakai bila kurus nanti. Gantung baju tu ditempatkan yng boleh dilihat setiap hari.
Starting – XXXL
Kini – S/M
21) Bagi yang mampu, upah personal trainer yang berpengalaman dan tahu teknik yang betul.
Daus 6 bulan lepas upah Abang Amin, ahli bina badan yang ada nama. Itu bagi daus anatara langkah terbaik sebab abng Amin motivate daus untuk not give up!
22) Inspirational quote.
Letak mindset korang dengan berpandukan satu quote beri semangat. Setiap individu ada quote based on character mereka.
- Don’t give up
- No pain,no gain
- Do something that the future of you will appreciate and thank for
23) Song
Always mainkan lagu yang boleh ubah mood korang. Maybe that day korng penat atau takde mood. But because of this song, korang terus bersemangat untuk workout.
Ex:
- Soundtrack Dark Knight
- Ella ( Standing in the eyes of the World )
- Heather Small (proud)
24) Ajak geng geng ya nak kurus. Member korang yang nak slim kan badan. Kita akan rasa lagi semangat bila bersaing.
Dulu daus selalu lawan dengan @fwznfrs siapa hilangkan berat paling cepat. So jangan keseorangan ya!
Tapi member daus ni tak kurus lagi. Yeahh menang.
25) Partner exercise/gym
Ni pun antara menjadi perangsang motivasi daus. @azlee2741 dan @Abemal dua otai gym yang selalu psyco Balam. Training kena heavg baru badan jadi. Thank you bossku
26) Teh hijau dan Kopi O Kosong
Kopi O Kosong. No Gula!! Teh pun sama. Jangan tertipu dengan teh hijau detox. Teh hijau biasa pun bagus. Kopi dan teh membantu metabolisme dalam badan.
27) Bodyweight training
Amalkan push up dan sit up SEBELUM tidur pada waktu malam serta SELEPAS bangun pagi. Target 3 set dgn setiap set 10 reps
Pagi/Malam
Sit-up: 10 X 3 Set
Push- Up: 10 X 3 set
Tambah sikit sikit hari by hari
28) Tangga!! Berdiri!!
Gunakan tangga dalam kehidupan seharian. Tangga akan hilangkan extra calories dan tingkatkan kekuatan otot kaki. Berdiri berbanding duduk juga memberi manfaat yang sama.
Itu jela antara tips yang daus dapat kongsikan. Harap korang dapat follow and jumpa your own motivation.
I know everyone can do it. But yang success for those yang never give up.!! Any question. Just reply atau PM ya. Don’t forget to follow my Instagram too!! @firdaus_balam
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!
"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.