Bekerja bersama pasangan di satu tempat kerja yang sama adalah satu kelebihan. Manakan tidak, bukan sahaja jimat kos pergi kerja bersama-sama malah boleh makan dan jumpa setiap masa.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan gelagat sebuah pasangan iaitu Nazrie Fahmie dan Samsia Samsi yang berpeluang bertugas bersama-sama secara langsung.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @samsiasamsi, dapat kita lihat Nazrie yang merupakan pengampai berita utama pada ketika itu perlu menyerahkan tugas tersebut kepada isterinya untuk menerangkan satu laporan dengan lebih terperinci.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah Nazrie dilihat terlalu gugup dan akhirnya tersasul menyebut nama isterinya sebelum menyebut “Silakan sayang”.
Cuma Tersasul Nama Sahaja
Oleh kerana video tersebut kini tular, Samsia tampil menjelaskan bahawa suaminya itu hanya tersasul nama sahaja dan bukanlah memanggilnya dengan gelaran sayang seperti yang disangka.
Difahamkan, suaminya itu berasa gementar kerana diusik rakan sekerja yang lain ketika bertugas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat situasi itu malah ada juga yang akui ‘blushing’ melihat kemesraan mereka.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan mereka merupakan pasangan yang sangat serasi apabila bekerja bersama.
Antara komen warga maya:
“Nasib dia panggil sayang.. kot tershashul baby.. naye…”
“Wahhh silakan sayang.. comel je”
“Dekat rumah bercakap macam berita tak?”
“Ni kalau tengah marah jenuh laa merajuk taknak baca berita sekali”
“Amboiii.. hormat sikit kami kat sini”
“Hmm berita pun dah pandai nak buat aku rasa sendu”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.7M tontonan, 92.9K tanda suka, 1210 komen, 5908 simpanan dan 647 perkongsian di platform TikTok.