Connect with us

Viral

“Cover socso tak? Sanggup Berpaut Di Singki Untuk Basuh Pinggan, Gelagat Budak Lelaki Ini Raih Tumpuan

Melentur buloh biarlah dari rebungnya. Itulah yang sering dikatakan orang pada zaman dahulu bahkan masih digunapakai sehingga kini.

Sebagai orang tua, kita perlu mengajar anak-anak untuk melakukan tugasan rumah agar mereka tidak kekok melakukannya apabila sudah besar kelak.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki berpaut pada singki untuk membasuh pinggan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sifsuka, dapat kita lihat pemuda ini merakam gelagat adiknya membasuh pinggan.

Kelihatan rakaman menunjukkan situasi di sebuah dapur dan apa yang melucukan adalah adiknya siap berpaut pada singki seolah-olah sudah biasa dengan perkara itu.


Apa yang lebih terhibur adalah kapsyen abangnya yang berseloroh mengatakan dia menyuruh adiknya kerja lebih masa untuk membeli susu.

Bukan itu sahaja, ‘sound’ yang digunakan untuk video tersebut juga ibarat ‘kena’ dengan video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut yang pandai membasuh pinggan.

“Dik kerja basuh pinggan kedai abang, gaji basic RM1,500 + RM300 elaun kecomelan + gula-gula dua biji hehehe comel woi” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, netizen juga meninggalkan komen lucu dengan mengatakan gaji budak lelaki itu perlu dinaikkan kerana komited melakukan kerja sehingga sanggup berpaut.

Antara komen warga maya:

“Ni baru betul 10 years experience”

“Harap maklum kerja sewasta”


“Ada cover socso tak? risau kalau jadi apa-apa tu”

“Esok besar mesti berjaya jadi orang berguna”

“Dengan kerajinan dia seperti ini, boss akan naikkan pangkat dan gaji”

“Mesti ot selalu kan”

“Boleh masukkan dalam resume dik”


Video yang tular di laman TikTok:

@sifsuka terpaksa suruh adik ot sebab nk beli susu😌#content ♬ original sound – Malis

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.