Connect with us

Viral

Dirempuh Van Polis, Peniaga Hairan Diberi Surat Saman Walau Tidak Bersalah Siap Jadi Kes Mahkamah

Isu salah guna kuasa bukanlah satu perkara yang baharu di negara kita. Manakan tidak, yang berkuasa seringkali ‘menang’ walaupun bersalah dan akhirnya menindas golongan yang tidak bersalah namun tidak mempunyai kuasa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga ikan patin bingung apabila menerima surat saman daripada pihak polis selepas peniaga itu menjadi ‘mangsa’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Twitter @itslyzaa_, pacuan empat roda Ford Ranger peniaga ini dirempuh daripada belakang oleh sebuah Van Polis.

Didakwa menjadi punca kemalangan, polis tersebut terus memberikannya surat saman sedangkan itu bukanlah salahnya.

Adik kepada peniaga tersebut juga menunjukkan kerosakkan yang berlaku pada kenderaan abangnya, van polis tersebut berserta surat saman itu.

Mempunyai bukti yang lebih kukuh, abangnya juga memiliki sebuah dashcam memaparkan kejadian yang berlaku.


Berdasarkan video berkenaan, dapat kita lihat, lelaki itu memperlahankan kereta 4×4 di kawasan garisan berkembar (ada membuka lampu signal) untuk bersedia membelok ke kanan apabila sampai di kawasan garisan putus-putus.

Bahkan, kenderaan yang lain juga sudah memotong Ford Ranger itu dari kiri kerana tahu dia akan membelok ke kanan.

Pun begitu, tiba-tiba datang sebuah van polis merempuhnya dari bahagian belakang lalu ‘menghadiahkannya’ surat saman.

Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga mengenangkan dimana salahnya sebagai pengguna jalan raya, dia mengambil keputusan untuk membuat report polis selepas menangkap gambar untuk bukti tambahan.

Lebih menyakitkan hati adalah apabila lelaki ini berjumpa dengan seorang anggota polis bertugas yang berpangkat ‘sarjan’. Dia enggan melihat rakaman tersebut dan memaklumkan bahawa pihak polis juga mempunyai dashcam tersendiri di Van itu.

Seolah ingin melepas tangan, dia meminta peniaga ikan patin itu mencari peguam untuk hadir ke mahkamah atas sebab kes kemalangan yang berlaku.

Oleh kerana tidak mahu memanjangkan cerita, peniaga itu bagaimana pun membuat tuntuan ke atas insuran sendiri dan perniagaannya tergendala selama dua bulan untuk menunggu keretanya siap dibaik pulih.

Baru sahaja ingin memulakan perniagaan, sekali lagi dia dikejutkan oleh surat saman yang kedua dimana dia diminta hadir ke Balai Polis Temerloh.

Dalam surat saman itu juga ada meminta peniaga terbabit hadir sendiri atau melalui peguam ke Mahkamah Majistret Temerloh pada bulan Oktober nanti.

Perkara itu nyata membuatkan dirinya dan ahli keluarga yang lain terkejut dan tertanya-tanya mengapa dia masih disaman walaupun kenderaannya dirempuh oleh van polis itu.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa seakan-akan ‘kroni’ dan menutup kesalahan masing-masing dengan ‘pangkat’ yang mereka ada.

Perkongsian yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.