Connect with us

Sukan

Ini Pesanan Terakhir Pemain Bola Cardiff City Sebelum Insiden Pesawat Hilang

Emiliano Sala, pemain bola sepak Cardiff City, memberitahu teman baiknya bahawa beliau ‘sangat takut’ ketika berada di atas pesawat ringan yang dilaporkan hilang pada malam Isnin lalu, lapor Astro Awani.

Penyerang terkenal yang baharu sahaja menandatangani kontrak bernilai 17 juta Euro (anggaran RM90 juta) bersama Cardiff City itu, dikhabarkan hilang dari radar ketika berada di dalam penerbangan dari Perancis ke Cardiff menaiki sebuah pesawat ringan jenis Piper FA-46 Malibu.

“Saya berada di dalam pesawat yang kelihatan seakan ingin runtuh dan saya bertolak ke Cardiff,” kata Sala di dalam mesej audio WhatsApp seperti yang dilaporkan media Argentina.

“Jika tiada berita dari saya dalam masa satu jam, saya tidak tahu jika mereka akan hantar orang untuk mencari saya dan jika mereka tidak dapat mencari saya, harap faham. Saya sangat takut,” tambah Sala.

Di dalam mesej audio itu juga Sala seperti letih naum tenang ketika dia memberitahu rakan-rakannya yang mereka mungkin perlu ‘menghantar seseorang untuk mencarinya’ dengan kedengaran bunyi deru kipas pesawat itu.

Sala dan juruterbangnya dikatakan terputus hubungan sejurus selepas pesawat yang dinaiki mereka berlepas dari Alderney di Kepulauan Channel pada jam 8.30 malam Isnin.

Dalam misi pencarian selama 15 jam pada hari S elasa, Polis Guernsey menyatakan pihaknya hanya menemukan beberapa objek terapung di atas laut.

“Kami tidak menemukan apa-apa selain cebisan tersebut. Jika mereka mendarat di atas laut, peratusan untuk mereka hidup pada ketika ini sangat tipis,” kata polis kepada media.

Tambah pihak polis juga misi pencarian pesawat ringan tersebut akan disambung pada awal pagi Rabu.

Sebelum ini, polis Perancis mengesahkan pemain baharu Cardiff City, Emiliano Sala berada dalam pesawat yang hilang di Selat Inggeris pada Isnin.

Bot penyelamat dan dua helikopter digunakan dalam operasi SAR pada 8:50 malam Isnin waktu tempatan, selepas menerima laporan pada 8.23 malam.

Terakhir di Twitter, Sala berkongsi gambar dengan rakan sepasukannya di Nantes dengan ucapan ‘selamat tinggal’.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.