Connect with us

Selebriti

“Adakah mummy akan pulang?” Anak Tanya Soalan Menyentuh Hati, Buat Zizie Izzette Sebak

Terdahulu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad telah dikaitkan dengan kes rasuah dan diperintahkan untuk membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta oleh Mahkamah Sesyen.

Bagi anak kecil yang masih belum faham tentang perkara ini, tentunya ia akan menjadi tanda tanya.

Sama seperti anak kepada pasangan ini iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, Aalisa Belle Izette serta kedua anak angkat mereka Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette yang masih terpinga dengan apa yang berlaku kepada ibu dan ayahnya.

Pelakon ini telah berkongsikan beberapa momen yang menyentuh hati bersama anak-anaknya di Instagram Stories. Menerusi video tersebut memaparkan salah seorang anak perempuannya yang bertanyakan soalan sama ada dia dan suami memenangi kes tersebut ataupun sebaliknya.

“Mommy did you win?,” tanya anak angkatnya, Nayla Nurjeena.

Namun, Zizie Izette menjawab soalan tersebut dengan tenang dan mengatakan mereka tidak menang. Malah dia menganggap anak-anaknya itu masih tidak memahami situasi yang berlaku seperti prosedur mahkamah yang memerlukan masa yang panjang dan juga sempat memberitahu dia dan suami masih berjuang kerana masih belum berkahir.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih memilukan adalah soalan daripada anak lelakinya yang menanyakan soalan sama ada dia dan suami akan kembali pulang ke rumah mereka ataupun tidak. Zizie yang mulai sebak ketika ditanyakan soalan itu dia mencuba sedaya upaya untuk memenangkan anak-anaknya yang sudah mulai menangis.

“Adakah mummy akan pulang ke sini (rumah)?” tanya anak lelakinya.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak bukanlah satu perkara yang mudah untuk pelakon ini. Pun begitu, dia menyifatkan kesemua anak-anaknya itu merupakan sumber kekuatan buat dirinya dan meluahkan rasa syukur terhadap dikurniakan anak-anak seperti mereka.


“Jenna seorang anak yang memahami dan mempunyai tempat istimewa di hati saya. Mommy sayang awak, Jenna.”

“Saya tidak menangis sehingga dia mula menangis. Dia seorang anak yang manis. Saya sangat bersyukur kerana memilikinya dan mereka semua adalah hidup saya,” kongsi Zizie.

Tekan di sini untuk melihat video tersebut.

Continue Reading
Advertisement