Kisah ibu kandung Qayyum yang mahu mengambil balik anaknya yang sebelum ini diserahkan kepada Shahida D’herbs atau nama sebenarnya Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid masih lagi jadi bualan hangat.
Walaupun Shahida menulis dia tidak rasa sedih, tetapi semua orang tahu betapa hancurnya hati beliau.
“Saya tak sedih pun, saya pura-pura sedih aja!
“Nak tahu kenapa saya tak bagi kutuk Mak Qayyum lebih-lebih? Sebab kalau saya ada di tempat dia, maybe saya akan buat yang sama. Zaman laman sosial ni, macam-macam benda boleh jadi,” tulis Shahida di satu entri di Instagramnya.
Shahida turut meluahkan rasa terkilan dengan komen-komen segelintir netizen yang sering membandingkan layanan terhadap Qayyum dengan Yusoff yang merupakan anak kandungnya.
Jangan pandai-pandai nak salahkan mak dia lebih-lebih sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk. So tak perlu nak sedih-sedih sangat sebab puncanya dari kita semua,” tulis Shahida lagi.
“Saya tidak marah dan berdendam, Cuma supaya benda-benda ni tidak berlaku pada masa lain. Yang dah jadi tak boleh di putar balik.
“Cuma doakan yang terbaik sudah memadai. Saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum.
“Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik. Mak dia pasti jaga dia lebih baik. Saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni.” tulis Shahida.
Terbaru, DS Shahida dikatakan sudah memulangkan Qayyum kepada ibu kandungnya melalui satu posting instagram.
Bye2….waktu saya post ni mungkin yom dah ada di pangkuan mak dia… sorry sayang mama x dapat hantar!!
.
Mama doakan yom jadi anak yg soleh dan membahagiakan ibu bapa yom…mama halalkan air susu mama utk yom……mama minta maaf kekurangan mama jaga yom dan mungkin x sebaik ibu yom jaga!!!
.
Ada rezeki kita jumpa ya sayang!!x jumpa di dunia kita jumpa di syurga(kalau mama masuk syurga la!
Sebelum ini, Datin Nur Shahida, telah memuat naik satu video yang ditujukan khas buat anak angkatnya Qayyum.
Di dalam video tersebut menunjukkan Qayyum dengan alunan lagu sedih pada latar belakang.
Di dalam kapsyen posting itu, Datin Shahida menulis lagu itu khas buat anaknya dan teristimewa buat Qayyum.
Datin Shahida berharap apabila sudah dewasa nanti Qayyum boleh tengok balik video tersebut.
“Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik…
“Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….
“Tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia…
“Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti..
.
“Jangan kutuk2 ya kat sini…nanti kalau kutuk2 saya turn off komen”
Sebelum ini, Datin Shahida tidak mahu memulangkan Qayyum kepada ibu kandungnya. Menurutnya dia tidak menghalang Qayyum untuk mencari ibunya apabila besar nanti kerana tugasnya hanya membesarkan dan mendidik anak itu seperti mana anaknya sendiri.
“Bila Qayyum besar dia boleh cari mak dia sebab dia kena tahu siapa dia dan siapa ibu dia, tugas saya membesar dan mendidik dia, bagi yang terbaik untuk dia, sama macam saya didik anak saya, macam mana saya garang dengan anak saya, macam mana saya pastikan anak saya dengar cakap, saya akan buat benda yg sama pada Qayyum,”
Datuk Seri Aliff Syukri juga sebelum ini meluahkan rasa kesal apabila ibu kandung anak angkatnya, Qayyum meminta semula anaknya selepas tular sebuah video pembantu rumahnya menunjal kepala kanak-kanak tersebut.
Menerusi entri di Instagram, Aliff kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh wanita tersebut selepas dia bersusah payah membesarkan Qayyum dengan penuh kasih sayang.