Connect with us

Global

Charles Bakal Ditabal Menjadi Raja England, Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth

Umumnya terdahulu di seluruh negara, wujudnya sistem monarki atau sistem pemerintahan beraja, bagaimanapun lama-kelamaan kebanyakan negara telah memansuhkan sistem tersebut. Manakala di Britain, sistem monarki masih kekal hunggalah sekarang.

Memetik laporan Harian Metro, anak sulung Ratu Elizabeth II, Charles, Putera Wales, akhirnya bakal diangkat menjadi raja.

Namun pada usianya yang semakin lanjut iaitu 73 tahun, fokus kepada pemerintahan dan usianya dijangka tertumpu kepada pengaruh monarki British yang semakin merosot di seluruh dunia.

Difahamkan, Charles telah menghabiskan banyak masanya dengan menjadi pewaris sahaja dan akan ditabal sebagai raja pada usia yang kebanyakan orang sudah pun mula bersara.

Bilamana ketika Elizabeth menjadi raja pada usia 25 tahun, ketika itu beliau telah mendapat sokongan popular kerana negara sedang pulih daripada Perang Dunia II.

Susulan itu, khalayak masyarakat sudah lama mempunyai pendapat yang berbolak balik sama ada baik atau buruk terhadap Charles itu.

Pada tahun 2021, Putera Philip dan masalah kesihatan yang dialami Elizabeth, Charles dilihat semakin menonjol bersama isterinya, Camilla, dan adiknya, Edward serta William dan isterinya, Kate, sejak kemangkatan bapanya.

Charles yang dilahirkan pada 14 November 1948, beliau telah menjadi pewaris kepada takhta raja England pada usia sangat muda iaitu tiga tahun tiga bulan.

Dikatakan, tugas beliau sepanjang menjadi pewaris ialah membantu ibunya dalam menjalankan tugasnya sebagai Ratu England.

Antara tugas yang telah dilakukan oleh Charles ialah menyambut tetamu asing bagi pihak ratu, menghadiri acara makan malam negara, dan melakukan lawatan ke luar negara iaitu lebih 100 negara bagi pihak ibunya itu.

Charles dikenali di seluruh dunia bukan sahaja disebabkan majlis perkahwinan gilang-gemilang dengan Lady Diana Spencer pada 1981, malah juga dikenali disebabkan ketika beliau berpisah dan bercerai dengan Diana pada tahun 1990-an.

Pada tahun 2022, Elizabeth mengakhiri spekulasi mengenai gelaran yang akan digunakan oleh Camilla, Duchess of Cornwall, iaitu isteri kedua Charles.

Camilla adalah raja permaisuri, secara teorinya.

Walau bagaimanapun, Camilla yang berkahwin dengan Charles dalam satu upacara sivil pada 2005, menolak untuk menggunakan gelaran Princess of Wales, gelaran yang dikaitkan dengan Diana, yang telah meninggal dunia pada 1997.

Akan tetapi, Elizabeth semasa ulang tahun pemerintahannya yang ke-70 pernah menyatakan bahawa baginda berharap agar Camilla menjadi raja permaisuri apabila Charles menjadi raja.

Nama rasmi sebagai Charles III akan dijangka digunakan oleh Charles, sekali gus menjadikan beliau raja pertama yang menggunakan nama itu untuk pemerintah British sejak 1685.

Demikian itu, persoalan mengenai nama rasminya bakal terjawab apabila majlis khas akan bersidang pada hari kemangkatan pemerintah, dan pengisytiharan Charles sebagai raja di Istana St James di London akan dilakukan.

Ddalam masa beberapa minggu lagi, upacara pertabalan tersebut dijangka akan dilakukan.

Continue Reading
Advertisement