Connect with us

Viral

Tindakan Dua Orang Lelaki Melempar Duit Dari Bumbung Surau Untuk Anak Yatim Terima Kecaman Netizen

Agama Islam merupakan agama yang cukup terkenl dengan adab dan kesantunannya. Malah, dalam ajaran ini juga diajar cara-cara untuk beradab dengan semua golongan manusia termasuklah anak yatim.

Rasulullah telah memberikan contoh terbaik untuk menyantuni golongan anak yatim iaitu dengan memuliakan mereka, memberi kasih sayang dan memenuhi keperluan kehidupan mereka seperti kebanyakan anak-anak yang mempunyai ibu dan bapa.

Namun, lain pula yang terjadi di negara jiran kita iaitu Indonesia apabila tular satu video memaparkan dua orang lelaki melempar sejumlah duit kertas dari bumbung surau kepada anak-anak yatim.

Menurut media tempatan, lelaki yang berada di atas bumbung surau itu ingin memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang berada di perkarangan surau. Kejadian dipercayai berlaku semasa majlis menyantuni anak-anak yatim yang berlangsung di surau berkenaan.

Dalam pada duit kertas sedang berterbangan dan menjadi rebutan kanak-kanak di situ, situasi tersebut turut disaksikan oleh penduduk kampung yang hadir ke surau itu.

Video yang dimuat naik semula oleh Pekalongan Info di Instagram ini secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya berpendapat tindakan seperti itu tidak wajar kerana dilihat tidak sopan dan seolah-olah riak. Lebih-lebih lagi dilakukan di tempat orang melakukan amal ibadat.

Berikut antara komne-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“Gaaa sopan menurutku.. Dikasihin satu2 apa salahnya hehe 🙏”

“Ga sopan😢mlh arogan 😢ga pnh dididik sopan santun”


“Klo niat mau sedekah caranya jangan begitu,itu namanya ria”

Video yang tular di laman Instagram

Continue Reading
Advertisement