Siapa yang tidak kenal dengan seorang pelakon Cina Muslim Adam Corrie ini? Pelakon ini telah memeluk islam ketika usia 39 tahun bahkan sebelum berhijrah lagi dia sudah mempelajari tentang agama Islam. Adam Corrie atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah sememangnya dikenali dengan watak antagonisnya dalam beberapa buah filem seperti filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2, KL Gangster dan banyak lagi.
Malah selepas beberapa tahun, pelakon ini sering dijemput untuk berkongsikan pengalamannya dan telah menjadi seorang pendakwah bebas.
Terbaharu, Adam Corrie mendedahkan dia menerima pelbagai kiriman mesej daripada individu yang meminta bantuannya dari segi kewangan kerana ada yang terjerat dengan hutang ‘ah long’ dan dikejar pihak bank.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, dia menjelaskan bahwa dirinya hanya sekadar artis yang biasa-biasa sahaja dan hal-hal seperti ini adalah diluar kemampuannya.
“Saya bukan ah long. Saya juga tak boleh tolong kalau sahabat ada masalah dengan ah long. Saya artis biasa sahaja. Setiap hari saya terima PM minta tolong dari segi kewangan, kena kejar dengan ah long, kena kejar bank sebab tak bayar hutang dan macam-macam lagi. Saya tak boleh nak payung dan tolong yang di luar kemampuan saya,” katanya.
Pun begitu, Adam Corrie mengatakan dia cuma mampu memberikan bantuan dengan berkongsikan nombor telefon dan laman web pihak berwajib.
“Saya hanya akan berikan link no telefon atau link web site pihak berwajib untuk tuan puan hubungi minta bantuan. Saya doakan tuan puan semua selalu dilindungi Allah SWT dari segala keburukan dan mara bahaya,” tambahnya.
Dalam pada masa yang sama, pelakon ini turut menitipkan doa agar semua pihak dilindungi dari segala keburukan dan sentiasa menjalani kehidupan dengan bersederhana.
“InsyaAllah. Qanaah asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” ujarnya lagi.
Perkongsian yang tular di laman Instagram: