Connect with us

Kesihatan

Turun Berat Badan Sebanyak 138 Kg, Lihat Apa Yang Menjadi Motivasi Wanita Ini

Setiap wanita pastinya mengimpikan berat badan yang ideal, tetapi untuk menurunkan berat badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.

Ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanya tinggal impian.

Memiliki berat badan ideal tak semata-mata agar penampilan terlihat cantik. Lebih dari itu, berat badan ideal biasanya jadi salah satu indikator tubuh yang sehat.

Perkara inilah yang kebiasaannya sering menjadi motivasi semua orang untuk mengamalkan diet dan mendapatkan berat badan ideal, agar tubuh selalu sihat dan terhindar dari berbagai penyakit berbahaya.

Wanita ini, Lexi Reed dari Terre Hauteu, Indiana, pada tahun 2016 lalu mempunyai berat badan sekitar 219 kg.

Manakala suaminya, Danny memiliki berat badan 127 kg. Keduanya kemudian memutuskan untuk diet menurunkan berat badan kerana ingin menjadi sihat dan hidup lebih lama bersama.

Dalam tempoh hanya lapan bulan, Lexi dan suaminya berjaya menurunkan berat badan yang keseluruhannya berjumlah 181 kg.

Kalau dilihat dari jarak masanya agak drastik perubahan mereka. Jadi apakah rahsianya?

“Kami tidak ada perancangan pola makan, latihan, pelatih peribadi, tapi yang kami miliki adalah satu sama lain dan motivasi untuk bekerja keras setiap hari,” tulis Lexi di akaun Instagramnya @fatgirlfedup.

Pasangan yang berkahwin pada tahun 2015 lalu itu mengatakan mereka biasanya mengambil 8,000 jumlah kalori pada setiap hari.

Tapi setelah memutuskan untuk diet menurunkan berat badan, mereka berdua berhenti mengambil makanan ringan.

Mereka membuat keputusan dan memilih untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri dari rumah.

Demi cita-cita untuk memiliki tubuh badan yang sihat, perjuangan harus dilakukan bersama-sama.

Selain daripada menukar tabiat makan, Lexi dan Danny juga semakin rajin bersukan terutamanya senaman kardio.

Mereka pergi ke gym 5-6 kali seminggu dan juga mengikuti kelas Zumba. Dengan melakukan perubahan dan melakukan diet sederhana seperti itu, dalam  12 bulan berat badan mereka sudah turun hampir separuh dari berat asal.

Lexi sendiri mengalami perubahan drastik dimana tubuhnya yang gemuk dengan berat badan 219 kg, setelah menukar kebiasaan makan dan rutin olahraga, berat badannya turun sebanyak 138 kg.

Kini Lexi tampak lebih sihat dengan berat badan 81 kg! Kisah Lexi ini telah pun menjadi inspirasi ramai orang.

Lexi sudah memiliki followers lebih dari 1 juta orang di akaun Instagramnya. Ramai yang terinspirasi dari kisah kesungguhan dan perjuangan Lexi menurunkan berat badannya.

Lexi juga mengaku bahawa sokongan suami adalah motivasi terbesar untuknya mencapai cita-cita.

Suaminya tetap mencintainya dan menerima seadanya. Sejak dulu ketika masih gemuk hingga sekarang sudah lebih kurus, cintanya masih sama besarnya.

Tips diet sederhana tapi jika dilakukan secara rutin dan konsisten, hasilnya ternyata sangat luar biasa.

Jadi, jika anda masih mencari-cari alasan untuk tidak mula bersenam, anda seharusnya malu dengan diri anda sendiri kerana untuk memiliki tubuh badan yang sihat perlukan komitmen dan keyakinan diri sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.