Connect with us

Selebriti

Kongsi Tentang Penghijrahan Dirinya, Perubahan Mizz Nina Buat Netizen Tersentuh

Tidak dapat dinafikan, penghijrahan adalah satu perkara yang mungkin tidak ramai orang boleh melakukannya. Namun, individu yang mengambil keputusan untuk berhijrah adalah kerana ingin mendapat kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya dan sentiasa bertakwa dan berjuang di jalan Allah SWT.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang penyanyi dan juga aktivitis kemanusian Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman ini. Perkongsian ilmu serta coretan yang dimuat naik di media sosialnya sering menjadi perhatian warga maya.

Menerusi hantaran yang pernah dimuat naik olehnya di laman Instagram ini, dia telah berkongsi kisah hidupnya selama 10 tahun yang sangat berbeza. Walaupun perkongsian ini dibuat ketika 2019, namun sehingga kini dia masih menjadi inspirasi dalam kalangan wanita.

Menurut Mizz Nina, ketika umurnya 29 tahun dia masih fokus dengan kerjaya solonya dan mengakui telah berputus asa untuk mencari pasangan hidup kerana tenaganya hanya dihabiskan terhadap persembahan. Namun, doannya telah menjadi kenyataan apabila telah bertemu dan berkahwin dengan suaminya.

“Saya tidak mempunyai gambar yang boleh saya kongsikan dari 10 tahun yang lalu, kerana saya masih tidak memakai hijab. Semasa saya mengadakan sesi kelas online saya malam tadi, kami juga telah mengadakan perbincangan tentang cabaran #10yearchallenge ini tentang bagaimana jika kita memikirkan keadaan dalaman kita, iman kita dan sebanyak mana kita telah berkembang sebagai individu…”

“Semasa saya mengadakan sesi kelas online saya malam tadi, kami juga telah mengadakan perbincangan tentang cabaran #10yearchallenge ini tentang bagaimana jika kita memikirkan keadaan dalaman kita, iman kita dan sebanyak mana kita telah berkembang sebagai individu…”

“Pada tahun 2009, saya berumur 29 tahun, single dan fokus pada kerjaya solo saya. Saya telah berputus asa mencari pasangan dan semua tenaga saya dimasukkan ke dalam latihan prestasi. Sedikit yang saya tahu, saya telah bertemu dengan suami saya pada akhir tahun 2009. Alhamdulilah, dengan izin Allah kami berkahwin. Doa sudah menjadi kenyataan..” ujarnya.


Dalam pada itu, dia turut mengatakan tidak melakukan ibadah solat lima kali sehari tetapi tidak pernah menutup pintu hubungannya bersama yang Maha Esa. Mizz Nina juga menasihati agar orang lain tetap melakukan solat walaupun hanya satu kali sehari.

“Iman saya, pada masa ini perlahan-lahan berkembang, sejak kakak saya telah berlalu 2 tahun lebih awal, saya dapat merasakan ia mempunyai kesan yang besar pada hati saya. Walaupun saya tidak sembahyang 5x sehari, saya masih tidak menutup pintu dan hubungan dengan Allah…”

“Nasihat saya, bagi orang-orang yang berjuang untuk sembahyang, terus melakukannya, walaupun hanya 1x sehari, teruskan dan lakukan untuk Allah, dan 1 hari, anda akan mendapati diri anda memenuhi semua kewajipan & lebih inshaAllah…”

“Kehidupan saya adalah tentang kerjaya saya, dunia & iman saya, walaupun ia tidak dapat dilihat, ia berada di sana. Saya tidak seperti dulu pada masa remaja saya & awal 20 tahun tetapi saya masih dalam perjalanan ke jalan lurus utama. Alhamdulilah…”


Tambahnya lagi, tidak perlu untuk memandang rendah kepada orang sekeliling dengan keadaan atau penampilan diri kerana mungkin mereka juga sebenarnya dalam proses untuk berubah menjadi yang lebih baik.

“Pengajaran: Jangan menghakimi orang lain & keadaan hati mereka. Anda mungkin tidak tahu bahawa saya sedang berjuang untuk menjadi orang yang lebih baik, seorang muslim yang lebih baik. Galakan adalah kunci utama. Banyak yang telah berubah dan saya berdoa agar Allah akan terus membimbing kita pada jalan yang lurus dan meningkatkan tahap peningkatan diri untuk kehidupan di dunia & akhirah Ameen..” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet  meluahkan kagum dengan penghijrahan Mizz Nina malah turut berterima kasih kepada selebriti kerana telah berkongsikan cerita yang mampu membuat mereka menangis.

Antara komen warganet:

“Thanks a lot..moga kita semua tergolong dalam golongan yang mulia di sisi Allah..”

“Masya’Allah..”

“Adore with your journey..alhamdulillah..”

“I’m crying while reading this..thanks..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@officialmizznina)

Continue Reading
Advertisement