Connect with us

Selebriti

Kongsi Nikmat Kahwin Muda, Kejelitaan Ozlynn Wati Dipuji Walaupun Sudah Mempunyai 6 Anak

Pandangan segelintir masyarakat tentang isu ‘kahwin muda’ ini sering dipandang rendah oleh orang ramai kerana dianggap masih ‘belum matang’ namun ada juga yang mengatakan ia satu perkara yang baik.

Tidak dapat dinafikan, banyak cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh pasangan jika mengambil keputusan untuk berkahwin dalam usia yang muda lebih-lebih berkenaan kos kehidupan.

Iospital phone repair gombak

Terbaharu, seorang selebriti Ozlynn Wati yang juga merupakan isteri kepada Johan Raja Lawak ini telah memuat naik foto bersama anak sulungnya Ahmad Ariq Hanania sambil berkongsikan kisah mengenai kehidupan rumah tangga mereka di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran tersebut, Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail ini mengakui terdapat banyak kelebihan apabila berkahwin pada waktu muda seperti dirinya.

“Bila anak bujang ajak dating. Tak berjanji pun nak pakai style sama or warna sama. Tau2 je bila jumpa kat bawah. Aikkk? Sama arr so lets ootd..”

“Haihh orang selalu tanya Ozlynn betul ke tu anak bujang u. habis tu.. tu la untung kahwin muda. Kahwin pun sebab abah mak suruh. Kalau tak, mau sekarang ni aku hohaaaa entah kemana…”

“Orang selalu tanya best ke kahwin muda?? Aku akan jawab, hilang la zaman muda nak berhuhaaa dengan rakan sebaya..”

“Tapi kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya, insyaAllah segalanya mudah… Maksud aku mudah bukan bererti takde ujian, pasti akan ada pasang surutnya.. yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni, dia tahu jalankan tanggungjawab dia. Paling hebat bila kesabarannya diuji…”

“Sampai sekarang diuji dan perangai aku masih macam dulu. Kadang sama naik dengan anak yang nampak berubah, pandai manage time, pandai carik duit, pandai masak. Yang lain2 Insyaallah bakal menyusul..” tulisnya.



Menurut Ozlynn, apa yang seronok adalah walaupun belum mencecah usia 40-an kadang-kala ramai menganggap dia dan anak ibarat adik beradik.

“Paling best bila kita belum masuk angka 40-an, anak pun dh remaja. So bila berjalan kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik..”

“Tapi ada jugak yang tak best bila kau rasa dah cukup, sebab anak2 dah besar. Kau pun dah boleh cuti2 and ber “me time”, suami pulak order nak baby lagi.. eh dia ingat aku kilang baby ke apa?! Haaa dah kena main kejar2 balik, tup2 6 orang dah. Lepas ni kalau dia order lagi memang aku luku kepala laki aku..”

“Ni bahagian yang best jek aku story tau. Yang penat lelah tak cukup tidur, anak tak sihat semua tak payah cerita la sebab aku bersyukur sangat apa yang ada sekarang nih. Kehidupan yang biasa2,” luahnya.

Walau bagaimanapun, pelakon ini sempat menitipkan doa buat individu yang masih belum bertemu jodoh serta pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata dan kepada sesiapa yang memelihara anak angkat agar sentiasa dilindungi yang maha Esa.

“Apapon aku tetap takkan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh, semoga ditemukan jodoh yang baik2. Yang mana belum punya cahaya mata, semoga Allah beri peluang untuk kalian merasa mengendong, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri…”

“Yang mana memelihara anak angkat semoga kalian dilindungi Allah kerana sudi membesarkan n berkongsi kasih dengan anak yang bukan dari rahim kalian,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mengenai kisah Ozlynn yang kahwin muda itu. Ada juga yang bersetuju dengan perkongsiannya malah turut memuji pelakon tersebut masih kelihatan muda apabila bersebelahan anak lelakinya itu.

Antara komen warganet:

“masalahnya anak 6 tapi badan macam anak dara ni apa citeee..ko jngan simpan rahsia sorang sorang..cepat share..”

“ahh love this story..”

“masalahnya anak 6 tapi figure macam muda remaja lagi..”

“stylo sister..nampak macam 20-an..smart lah jeans tu..beli dekat mana..lama mencari cutting macam tu..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Continue Reading
Advertisement