Connect with us

Selebriti

Impian Miliki Ruang Surau Dalam Rumah Tercapai, Nabil Ahmad Luah Rasa Syukur

Mengimpikan rumah yang gah dan selesa serta mempunyai beberapa kemudahan seperti kolam renang, bilik pawagam, surau, pejabat ataupun gelanggang bola keranjang ini semestinya keinginan setiap individu yang sudah berkeluarga.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad ini yang telah meluahkan rasa syukur apabila berjaya mewujudkan bilik yang hanya dikhaskan untuk beribadah di kediamannya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, memaparkan reka bentuk dan setiap sudut surau tersebut. Meskipun kelihatan ruangnya kecil tetapi ia turut dilengkapi dengan sebuah almari rak buku untuk meletakkan kitab dan Al-Quran.

Dalam pada masa yang sama, pengacara program Meletop ini juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah merialisasikan impiannya untuk menyiapkan surau tersebut.

“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada @team.alfateh yang merialisasikan impian untuk siapkan surau ni memang kemas sangat workmanship!!.. Semoga Allah balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat Amin Amin ya rob!!” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dan menzahirkan rasa syukur kepada Nabil Ahmad yang telah memiliki ruang beribadah sendiri di rumahnya. Malah mereka juga memuji reka bentuk surau tersebut.

Bukan itu sahaja, ada yang mendoakan keluarga pengacara ini diberikan kebahagiaan serta rezeki yang melimpah ruah.

Antara komen warga maya:

“Ya Allah, semoga Allah kabulkan hajat saya nak rumah baru siap surau yg selesa, dpt beribadah dgn tenang, habiskan usia tua dgn ibadah…aamiin…”

“Alhamdulillah ada rezeki buat besar lagi abang bil bukan sekadar untuk family tapi jika ada tetamu datang juga boleh berjemaah sama-sama..”

“Alhamudlillah @nabilzira semoga dilimpah rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kebahagiaan yang berpanjangan…amin insha’Allah”

“perubahan abang nabil sangat membuka dan memberi kesan pada saya..semoga saya juga istiqamah seperti abang..”

“wahhh terbaik tahniah nabil…mmg sepatutnya setiap rumah org islam dapat sediakan mehrab hidupkan amal taalim rumah berserta 5 amal rumah…@ernie_ashikin jom..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Continue Reading
Advertisement