Connect with us

Selebriti

Pekerja Bangladesh Sediakan Makanan Mahal, Fazley Yakoob Terharu Dengan Keikhlasan Mereka

Berbeza agama, budaya dan kaum bukanlah satu halangan untuk kita tidak menghormati antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, masih ada individu yang memandang rendah dan hina terutamannya terhadap warga asing seperti Bangladesh.

Iospital phone repair gombak
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang pelakon dan chef selebriti terkenal Fazley Yaakob yang telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnnya ini.

Menerusi hantaran tersebut, Fazley Yaakob atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob ini meluahkan rasa terharu dan sebak sewaktu diundang ke sebuah kedai pekerja Bangladesh untuk makan bersama mereka.

Difahamkan, dia telah diundang oleh seorang kawan lama Yunus ke rumahnya kerana mahu menyediakan sajian makanan asli Bangladesh.

 

“Dalam keadaan yang serba kekurangan mereka tetap siapkan masakan berasaskan salmon, udang (banyak udangnya!), ayam kampung, telur dan brocolli. Bukankah mahal-mahal semua itu? Sebak hati saya, tapi saya tahan dan senyum. Besar hati mereka jamu saya makan, menangis hati saya melihat keikhlasan mereka semua..”

“Masing-masing berkorban tinggalkan anak isteri di negara asal demi mencari sesuap nasi. Tapi saya dihidangkan bergantang-gantang nasi dan lauk..” katanya.

Bahkan penyanyi lagu Asmara ini juga turut memuji kesedapan masakan asli mereka dan mengatakan makanan yang dijamunya semua mahal-mahal tetapi pekerja Bangladesh itu hanya makan nasi dengan telur  serta timun sahaja.

“Katanya beras khas dari Bangladesh! Yang sebaknya, masing-masing jamu saya lauk-pauk mahal, mereka makan nasi dengan telur dan timun sahaja. Segan nak kongsi lauk mula-mula…”

“Syukur Alhamdulilah rezeki daripada Allah buat kami semua! Terima kasih banyak kawan-kawan baru saya! Terutama Yunus! Tukang masak hebat!” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Fazley Yaakob yang sangat merendah diri apabila diundang untuk menjamu selera bersama mereka. Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama dan mengatakan rakyat Bangladesh sememangnya pandai memasak.

Antara komen warga maya:

“May Allah bless u & ur family chef , ur a good human being & i hv so much respect for u. Stay humble n respectful to others..”


“Masa kecik2 dulu,ayah saya juga bekerja dgn Bangladesh…time hari raya mereka ajak kami 1 family mkan di rumah kongsi mereka..merasa la makan makann yg dimasak oleh kawan2 ayah..mmg sedap .rasanya msih teringat2 smpi hari ni…”

“Saya berjiran dgn Bangladesh. Bila dorg masak bau nya MasyaAllah sedap. Setiap kali bertembung mesti bagi salam..”

“Alhamdulillah. Nikmat rezeki Allah bg pada Dato. Dirai sesama Islam walau berlainan bangsa dan negara..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Continue Reading
Advertisement