Personaliti media sosial, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli ini juga merupakan bekas isteri kepada pengacara rancangan bual bicara pagi ‘Malaysia Hari Ini’ iaitu Ally Iskandar. Perkahwinan mereka suatu ketika dahulu membuatkan dirinya telah dikenali oleh khalayak umum.
Baru-baru ini, Farah Lee menjadi perhatian dan bualan ramai apabila memuat naik satu perkongsian momen percutiannya di Korea Selatan. Seperti yang kita tahu, makanan dari negara itu cukup digemari rakyat kita dan boleh dikatakan di Malaysia sendiri sudah banyak restoran makanan Korea.
Walau bagaimanapun, influencer ini telah mencetus pelbagai reaksi netizen apabila tular videonya menikmati hidangan sotong hidup yang dikatakan popular di sana.
Menerusi hantaran tersebut, memaparkan Farah Lee yang sedang menunjukkan hidangan sotong di dalam pinggan namun dilihat haiwan itu bergerak-gerak seperti masih lagi dalam keadaan hidup.
Susulan isu tersebut, Farah Lee telah menulis semula kapsyen berkenaan dan menjelaskan sotong itu sebenarnya sudah tidak hidup kerana bahagian sotong yang bergerak-gerak adalah ‘nerve activity’ membuatkannya nampak seperti masih bernyawa. Dalam pada itu, dia turut menolak dakwaan netizen yang mengatakan ia adalah satu bentuk penyiksaan.
“Lahhh gaduh pulak pasal hukum hakam semua. Sotong tu bukanlah hidup yang hidup tu, sebelum dipotong dia dah dimatikan dulu. Yang bergerak2 tu is the nerve activity, yang membuatkan tentacles dia posthumously ‘still hidup’. Jadi kita tak siksa dia pun makan cani” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dengan video Farah Lee yang sedang menikmati hidangan sotong hidup di Korea Selatan itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana rasa makanan tersebut.
Antara komen warga maya:
“sebenarnya tak hidup dah cuma muscle dia je yang masih bergerak..”
“menariknyaa kalau tentacles dia lekat tu, tolak guna air je ye..?”
“makruh makan haiwan yang masih hidup sis..”
“risau pulak dia menguit sampai usus besau..”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: