Connect with us

Selebriti

“Tiada cara lain” Kongsi Tips Kekal Istiqamah, Neelofa Akui Perlu Guna Cara ‘Paksaan’

Terdahulu, Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah telah dihadiri oleh ribuan umat Islam untuk mendekati dan mendalami tentang agama Islam.

Bukan itu sahaja, personaliti media sosial serta selebriti terkenal Neelofa, Haris Ismail, Umie Aida, Adi Putra dan lain-lain lagi juga turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail iaitu Neelofa telah mendapat perhatian ramai apabila berkongsikan pendapatnya tentang perihal istiqamah ketika festival tersebut.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @inr._____ di laman TikTok ini, bekas pengacara Meletop itu menjelaskan cara untuk kekal istiqamah dalam agama adalah secara paksaan serta usaha yang berterusan seperti mendengar ceramah di platform media sosial, membaca tasfir Al-Quran dan sebagainya.

“Kalau tanya saya, macam mana cara istiqamah adalah paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contohnya kena dengar ceramah di Youtube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah. Kena paksa buka al-Quran, kena paksa buka tafsir. Malasnya nak buka al-quran, boleh buka tafsir…”

“Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa! Nak berzikir pun kalau dulu boleh berzikir 100, 1000 kali tu sekejap saja. Sekarang satu pun tak ada. Jadi, kena cari tasbih, kena ada usaha itu…” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa mengatakan istiqamah adalah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi untuk menutup aurat dengan sempurna serta memahami tujuannya. Namun dia mampu melakukannya dengan paksaan dan juga sokongan rakan-rakan serta suaminya.

“Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung… Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna tu is another story…”

“Saya bukanlah orang yang tepat nak bagitau, tapi kalau sekadar pengalaman itulah… maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya tu banyak paksaan tapi yang banyak membantu jugak ialah teman-teman dan pasanganlah,” jelas Neelofa.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Neelofa dimana perihal istiqamah ini harus dipaksakan. Bukan itu sahaja, ada juga yang sempat memberikan pandangan masing-masing tentang hal tersebut.

Antara komen warga maya:

“Benar..apa yang lofa cakap kan..kena paksa..mengaji, zikir, solat sunat nanti dah lama-lama..kita akan terbiasa, kalau kita tak buat kita rasa bersalah dgn Allah..”


“betul kena paksa diri, awal-awal memang jadi susah, lama-lama jadi biasa..rasa sayang nak tinggal…betul ckp lofa..diri kita kena tolong diri sendiri, takda orang nak tolong…”

“istiqamah tu memang kena paksa..istiqamah dalam penghijrahan jugak kena kuat.. istiqamah untuk yang lebih baik, jangan jadikan diri kita dalam perhatian orang..”


“betul, kene paksaaaa..nak buat kebaikan ni cepat je rasa malasss tapi kene kuat & paksa..doa kan saya juga ye…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@inr._____ #festivalsunnah #fyp #xyzbca #neelofa #istiqomah #festivalsunnah2022 #fypシ #neelofaharis ♬ original sound – irshanorsalwani – Ir’s🫶🏻

Continue Reading
Advertisement