Setiap yang menjalinkan ikatan percintaan pasti menginginkan hubungan tersebut berakhir dengan lafaz akad nikah bahkan mengimpikan majlis yang berjalanan dengan lancar.
Seperti yang kita tahu, kebanyakkan majlis perkahwinan sering mengadakan persembahan silat di hadapan kedua mempelai.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pengantin lelaki sendiri yang turun padang bersilat di hadapan tetamu yang hadir memcuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video, pada awalnya kelihatan pesilat membuat persembahan di hadapan pengantin tersebut.
Bagaimanapun, pengantin lelaki secara tiba-tiba bangun dan ‘masuk’ gelanggang silat selepas beberapa kali menggoyangkan kakinya.
Pesilat sedia ada turut sama beraksi dengan pengantin lelaki tersebut selepas orang ramai di kawasan itu meminta agar aksi mereka berdua tidak diganggu kerana risau ada yang tercedera.
Dikatakan, pengantin lelaki membuka langkah silat setelah mendengar alunan muzik tradisional yang menjadi lagu latar belakang pesilat untuk beraksi di hadapan pasangan raja sehari tersebut.
Selepas pengantin lelaki berjaya menumbangkan pesilat yang berada bersamanya, dia kelihatan tumbang dan diselamatkan oleh orang ramai.
Difahamkan, dua orang lagi pesilat turut tidak sedarkan diri setelah mempersembahkan aksi silat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberi pendapat masing-masing malah ada yang meminta agar keluarga berjumpa dengan pakar rawatan islam.
Antara komen warga maya:
“muzik ni seolah-olah memanggil-manggil aura nya lain..silat ni satu seni budaya melayu turun temurun…takde apa-apa lah insha’allah…”
“benda ni datang dengan tiba-tiba jantung berdebar-debar pening lepastu tak tahu apa jadi dah…”
“lagu silat tu main peranan…saya dengar pun naik sheikh…”
“naik angin la ni…nasib baik orang muda…kalau orang tua naik angin kesian penat nak belah pelapah angin dia..”
Video yang tular di laman TikTok: