Tidak dinafikan, nama influencer dan usahawan terkenal Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman ini semakin meningkat naik malah sering menjadi perhatian warga maya di platform media sosial.
Baru-baru ini, Khairul Aming telah menjadi bualan hangat netizen apabila menghadiri sebuah majlis “TikTok For Your Stage” yang diadakan di Indonesia dan turut berkongsi beberapa video ketika berada di sana serta momen melakukan persiapan sebelum bagi menghadiri acara tersebut.
Namun apa yang mencuri tumpuan netizen ialah rakaman Khairul Aming yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Kebangsaan sewaktu memberikan ucapan ketika siaran langsung majlis berkenaan itu telah menerima pujian ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik olehnya ini, memaparkan dirinya yang sedang berada di pentas serta berkongsi cerita bagaimana menjadi content creator yang berjaya.
Menurut Khairul Aming, inspirasi yang membuatkan dirinya berjaya sehingga saat ini adalah kerana sokongan ramai yang datang daripada pengikutnya.
“Inspirasi saya semestinya daripada pengikut itu sendiri. Saya sudah buat video masak lima tahun, ada yang menggunakan video tersebut untuk keluarga, pelajar gunakan untuk masak di rumah sewa dan ada juga gunakan untuk perniagaan…”
“Jadi, semua kisah-kisah ini memberi inspirasi kepada saya dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya banyak nilai kita sebagai content creator boleh beri kepada masyarakat walaupun video sepajang satu minit. Salam sayang daripada Malaysia, terima kasih semua…” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi tentang video tersebut. Malah ada juga meluahkan rasa kagum dan bangga dengan Khairul Aming yang menyampaikan ucapan dalam Bahasa Melayu walaupun berada di Indonesia.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengatakan usahawan ini sememangnya banyak memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berjaya.
Antara komen warga maya:
“terharunya bila KA speech guna bahasa melayu…”
“alhamdulillah kekalkan jati diri dengan menggunakan bahasa malaysia di negara orang…”
“suka khairul aming tetap bangga cakap bahasa melayu malaysia takde pun nak cuba ikut cakap bahasa indonesia…”
“awwhhhhh nak nangis congrats always letopsss…”
Perkongsian yang tular di laman TikTok: