Connect with us

Selebriti

Terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022, Fauziah Nawi Sebak Terima Hadiah Kereta

Pelakon senior yang memulakan kariernya sejak tahun 1970, Fauziah Nawi ini sememangnya merupakan seorang anak seni yang hebat berbakat besar. Bukan itu sahaja, beliau turut aktif dalam beberapa cabang seperti nyanyian, pengarahan, penyiaran dan penari.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, seniwati Fauziah Nawi telah menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000,  sebuah kereta Mitsubishi Xpander di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Sabtu dan Ahad lalu.

Majlis turut dihadiri Menteri Komunikasi & Multimedia Tan Sri Annuar Musa serta dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular seperti Datuk Jamal Abdillah. Datuk M. Nasir, Hazama, Haqiem Rusli, Tajul, Ella, Misha Omar dan ramai lagi.

Pelakon yang berusia 69 ini meluahkan rasa syukur dan sebak apabila menerima anugerah berkenaan kerana menyifatkan doanya telah dimakbulkan kerana dihadiahkan sebiji kereta selepas empat tahun tiada kenderaan sendiri.

“Selama 50 tahun dalam industri tak pernah saya fikirkan nak dapat anugerah, saya berbesar hati menerima anugerah ini. Semua ini untuk anak seni, buat terus. Kita buat kerana kita nak buat, bukan kerana anugerah. Sebenarnya, Allah sedang baik dengan saya. Saya tiada kereta dan tidak mampu beli kereta sebab sudah tua.

“Malam ini, Alhamdulillah Allah makbulkan doa miliki kereta… Terima kasih…” katanya selepas menerima anugerah tersebut.


Memetik sumber, Fauziah mengatakan banyak cabaran yang perlu dihadapinya selama beberapa tahun tidak mempunyai kenderaan sendiri yang terbakar kerana masalah fius dan tidak mampu untuk membeli kenderaan lain serta terpaksa bergantung pada orang terdekatnya.

“Sebenarnya kereta saya terbakar empat tahun lalu akibat masalah fius. Sejak itu saya terus patah kaki. Saya kemudian bergantung kepada pengurus untuk bawa saya atau anak-anak dan cucu. Kadang-kadang terpaksa tempah GrabCar…”

“Saya nak sangat kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan. Nak beli tak mampu dan gak layak nak buat ‘loan’ sebab dah tua. Bila dah tak boleh beli tu saya pernah sehingga mengharapkan cabutan bertuah ketika dalam satu acara sebelum ini tapi tiada rezeki. Malam ini Allah makbullan doa saya…Memang saya terkejut dan terharu. Sekurang kurangnya bila memliki kereta saya untuk mudahkan pergerakan harian…” jelasnya.

Continue Reading
Advertisement