Tidak dinafikan, semakin meningkat usia, semakin terbatas untuk kita melakukan apa-apa aktiviti malah jika diperhatikan, pekerja di Malaysia akan bersara sekitar umur 50 hingga 60, bergantung pada kesihatan mereka.
Manakan tidak, pada umur sebegitu, mereka sememangnya perlu berehat di rumah tanpa memikirkan sebarang masalah demi menjaga kesihatan diri.
Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah baru-baru ini dimana seorang uncle terharu kerana disambut meriah pada hari persaraannya telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @afiqraffali, difahamkan pakcik itu bekerja di salah sebuah Mc Donald di Singapura dan sudah pun berusia 87 tahun ketika persaraannya itu.
Dapat juga kita lihat, pekerja yang lain mengambil keputusan untuk membuat majlis kecil-kecilan atas persaraan uncle itu.
“Farewell untuk uncle ni, umur 87 tahun masih kuat teruskan kerja.. so kami decide buat farewell retirement for uncle.. semoga uncle terus sihat.. dah sampai masa uncle rehat..” ujarnya.
Mereka juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pakcik tersebut kerana telah berkhidmat di situ bahkan menitipkan doa atas kesihatannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat rakaman tersebut sekaligus akui bukanlah satu perkara yang mudah untuk meninggalkan tempat kerja apatah lagi jika sudah bekerja dalam jangka masa yang lama.
“Mcdonald’s & petrol pam je aku rasa dorang tak memilih untuk ambil staff” – Netizen
Tidak cukup dengan itu, netizen juga mengucapkan selamat bersara buat pakcik ini dan mendoakan kesejahteraannya.
Antara komen warga maya:
“Terima kasih sebab sudi jadi orang baik”
“Sedih tengok uncle dia pun macam berat nak tinggalkan pekerjaan dia”
“Menitik air mata tengok video ni.. kuat semangat uncle ni.. uncle rehat ya di rumah.. terima kasih team McD sebab layan uncle dengan baik masa dia kerja”
“OMG!! Uncle buat saya menangis & rasa malu dengan diri sendiri.. ”
Video yang tular di laman TikTok: