Connect with us

Viral

Macam Filem Desolasi, Kuala Lumpur Lengang Jadi Bualan Hangat Netizen

Bandaraya yang tidak pernah ‘tidur’ seperti Kuala Lumpur sememangnya sesak, dibanjiri dengan umat manusia. Selain menjadi kota yang sarat dengan peluang rezeki, amat aneh jika ianya tiba-tiba menjadi lengang dan sunyi.

Iospital phone repair gombak

Terakhir kali jalan-jalan di Kuala Lumpur menjadi suram adalah ketika kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP), memandangkan orang ramai tidak dibenarkan keluar tanpa urusan penting.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok ada memuat naik satu video memaparkan seorang manusia pun tidak dijumpai olehnya di kotaraya itu. Malah situasi tersebut membuatkan dia tertanya-tanya kemana semua orang.

Yang lebih aneh, video tular berkenaan diambil ketika waktu siang. Jika malam, wajarlah tiada orang. Dalam video yang dikongsi, kata pemilik video ini, puas dia berjalan namun masih tiada kelibat manusia.

Selain di TikTok, video ini turut dimuat naik semula ke Twitter oleh @IANZAINAL. Ciapan berkenaan menerima pelbagai pandangan. Menurut seorang pengguna Twitter, mustahil video itu diambil ketika PKP kerana terdapat sebuah kereta Myvi facelift dalam video tersebut di mana model itu masih belum dilancarkan oleh Perodua semasa PKP.

Meninjau ke ruangan komen, masing-masing berseloroh seperti sudah pindah ke planet lain dan sebagainya. Namun ada juga yang memberikan persepsi sendiri mengatakan video tersebut mungkin telah disunting dengan teliti ataupun diambil ketika negara sedang menjalankan PKP.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Kami dah pindah ke planet ultraman la. Sini politik tak stabil”

“Selalunye kaunter kerajaan jer yg kosong..”


“pilihanraya dah dekat jadi kami pon balik ke planet masing² tuk mengundi”

“semua ada dekat belakang abg tu. tengok la belakang len kali”

“kitorang dah pindah pluto la.. nk sambut raya besar-besaran kat sana 😂😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@akukeseoranganMana semua orang?♬ original sound – AkuKeseorangan

Continue Reading
Advertisement