Sebagai peniaga yang menjual makanan, haruslah jujur dan ikhlas lagi-lagi ketika melayan pelanggan. Pasti akan melimpah rezeki, orang ramai pun suka dan mahu berkunjung lagi untuk membeli.
Seperti yang kita tahu, bukan mudah untuk mengekalkan perniagaan, ditambah pula dengan saingan yang ramai. Tapi dengan sifat pemurah dan baik hati, In Shaa Allah akan dipermudahkan.
Seperti video yang tular semalam di TikTok, peniaga Nasi Lemak Bangsudu RM1 memang sudah dikenali dengan sifat baiknya melayan pelanggan.
Menurut lelaki itu, dia menjual nasi lemak dengan hanya RM1 kerana ingin membantu orang ramai untuk dapat merasakan nasi lemak yang sedap dengan harga bepatutan.
Apabila ditanya mengenai harga nasi lemak yang cukup murah, dia berkata dia tidak menaikkan harga kerana enggan menyusahkan pelanggan disamping ingin membantu masyarakat.
Pelanggan juga amat mesra dengannya sebagai balasan sifat peramahnya kepada mereka. Menerusi video yang dikongsi, kelihatan pelanggan memberikan duit lebih kepadanya dan menyelit duit itu ke dalam bakul nasi lemak.
Dia yang melihat perkara itu ingin menghulurkan semula duit kepada pelanggan pertama berkenaan tetapi tidak berjaya kerana pelanggan cepat-cepat pergi.
“First customer dah kena,” tulisnya di video.
Malah, pelanggan keduanya turut ingin memberi duit lebih sebagai tanda sedekah namun segera dipulangkan kembali dengan meletakkannya ke dalam plastik bungkusan nasi lemak tanpa disedari pelanggan terbabit.
“Tapi dia lupa saya bukan senang kena ayam. Harap akak perasan ada duit dalam plastik,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya mendoakan agar lelaki bersifat pemurah ini dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“bila ada org sedekah trima je dia nk buat saham akhirat..nnti awk pl sedekah pd org lain🥰”
“semoga dimurahkan rezeki”
“dia sedekah abg sedekah balik dekat org lain plak..insyaallah allah luaskan rezeki abg”
“mantap semoga rezeki melimpah”
“semoga Allah SWT sentiasa permudahkan urusan”
Video yang tular di laman TikTok