Connect with us

Selebriti

[FOTO] “Aura Happy Sampai Sini” Bella Dally Akhirnya Dedah Wajah Tunang Di Instagram

Wlaupun Bella Dally sudah bertunang pada 12 Januari lalu di Kota Kinabalu, Sabah, dia tidak pernah berkongsi gambar tunangnya di Instagram.

Jadi, mungkin ini adalah kali pertama dan sememangnya mendapat banyak komen daripada teman selebriti, peminat dan netizen.

Satu posting yang hanya diletakkan caption ‘The calm to my storm. Libra Babies’ itu merupakan gambar mereka berdua mungkin sedang menyambut ulang tahun kelahiran.

 

View this post on Instagram

 

The calm to my storm. Libra Babies ✨ #Throwback

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

“Alhamdulillah… Aura happy terasa sampai ke sini,” komen Datin Sri Umie Aida.

“That smile on your face really looked like it was the happiest moment in your life,” tulis @sakeena.rosli.

Malah ramai peminat yang cuba ‘zoom in’ gambar tersebut untuk melihat wajah tunang Bella lebih jelas.

“Siapa Zoom cepat mengaku. Semoga berbahagia Bella. Happy for you,’ tulis seorang peminatnya.

Rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan Bella bersama tunangnya yang yang dikenali sebagai Arif.

Bella Dally sebelum ini mengaku sudah bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Arif, 34, pada hari Sabtu lepas di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah.

Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keputusan bertunang dibuat selepas lima bulan berkawan dan saling mengenali hati budi.

Menurut Bella, majlis itu diadakan secara tertutup membabitkan kedua belah keluarga dan kenalan rapat.

Dalam masa sama Bella berkata, buat masa sekarang dia belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya itu kerana masih dalam fasa pertunangan.

“Cukup untuk saya kongsikan apa yang patut saja. Lagi pula, saya tak suka nak berahsia. Lambat laun orang akan tahu juga. Jadi, lebih baik saya bercakap jujur.

“Apa yang penting, saya ingin peminat tahu saya kini dalam fasa gembira dan bahagia. Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya.

Ditanya mengenai majlis perkahwinan, Bella berkata dia merancang untuk bernikah tahun ini, namun belum ada sebarang tarikh ditetapkan.

 

Berkongsi ciri-ciri yang ada pada Arif hingga membuatkannya jatuh cinta, menurut Bella jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu seorang yang ‘gentleman’ dan bertanggungjawab.

“Dari awal perkenalan lagi dia tahu status saya dan dia boleh terima. Cuma, dia baru tahu saya selebriti. Sejak itu, dia mulai mengikuti perkembangan saya di Instagram.

“Apa yang membuatkan saya yakin untuk membawa hubungan ini ke fasa serius adalah dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan ‘gentle’.

“Alhamdulillah, kedua belah keluarga merestui hubungan kami. Macam keluarga saya, mereka sentiasa sokong keputusan saya asal saja saya gembira,” katanya.

Terdahulu, Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 sebelum bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.