Kasih ibu dibawa ke syurga, kasih bapa juga tiada tandingannya. Seperti yang kita tahu, pengorbanan bapa tidak terhingga dalam menjaga kebajikan dan keharmonian sesebuah keluarga.
Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok, rakaman yang menunjukkan aksi seorang bapa yang mengalami kekurangan upaya (OKU) sedang berusaha sedaya upaya melindungi anaknya daripada terkena hujan.
Perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @sitilatifahmutallib membuatkan orang ramai berasa sangat terkesan kerana walaupun si bapa mengalami kekurangan, dia tetap menggagahkan dirinya untuk anaknya itu.
Dapat kita lihat si bapa melindungi kepala anaknya dengan memasukkan kepalanya ke dalam bajunya.
Kemudian, mereka berjalan bersama-sama ke arah kereta dengan keadaan si bapa yang bertongkat pada ketika itu.
Berdasarkan kenyataan si isteri yang merakamkan video tersebut, seandainya dia ditanyakan mengenai manusia paling baik di dunia semasa di akhirat kelak, dia ingin sekali menjawab manusia itu ialah suaminya sendiri dan secara tidak langsung membuatkan orang ramai berasa terharu.
Si isteri turut berterima kasih kepada suaminya di kapsyen video tersebut kerana sering menjaga dirinya serta anak-anak dengan begitu baik sekali.
“Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you 😘,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, warga netizen juga meluahkan rasa sebak dan terkesan dengan kegigihan si bapa itu melindungi anaknya.
Bukan itu sahaja, ada pihak yang menitipkan doa agar kehidupan suami isteri ini bahagia di dunia dan akhirat.
“Even saya bukan sesape. Saya doakan semoga sis & suami selalu bahagia dunia akhirat ❤️”
“berair mata baca caption si Isteri🥺. semoga ikatan kasih syg sis Dan suami hingga ke syurga ya sis.aamiinn”
“Allahuakhbar😭😭 Semoga kamu sekeluarga dilimpahkn rezeki yg melimpah & dipermudahkn segala urusan aamiin🤲”
“semoga sis dan suami sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat 🫶🏻”
Video yang tular: