Connect with us

Filem

Pelakon Malaysia Pertama Jadi James Bond? Ini Fakta Tentang Henry Golding Yang Anda Perlu Tahu

Seperti yang kita sedia maklum, watak James Bond biasanya dibintangi oleh pelakon kulit putih Hollywood yang terkenal.

Filem blockbuster seperti ini memerlukan bukan sahaja fizikal yang menarik, malah perwatakan dan lakonan juga perlu mantap.

Jadi tidak hairanlah untuk menjadi seorang James Bond bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelakon Malaysia di Hollywood

Jika dilihat beberapa tahun lepas, ada pelakon Malaysia yang berjaya menembusi layar perak Hollywood.

Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Michelle Yeoh yang merupakan gadis Bond di dalam Filem Tomorrow Never Dies pada tahun 1997 bersama Pierce Brosnan, James Bond pada ketika itu.

James Bond Dari Malaysia Yang Pertama!

Terbaru, pelakon berdarah kacukan Iban-Inggeris yang sedang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding dikatakan bakal menjadi James Bond menggantikan Daniel Craig.

Pada awalnya, isu ini hanya menjadi bualan di media sosial. Tetapi ketika ditemuramah di dalam satu temubual bersama Jimmy Fallon, Henry disebut oleh pengacara tersebut sebagai pelakon yang sesuai untuk menjadi James Bond.

“Saya mahu katakan inilah James Bond yang akan datang,” kata Fallon yang membuatkan penonton memberikan tepukan tanda menyokong kenyataannya.

Walaubagaimanapun, pelakon utama Crazy Rich Asians itu enggan mengulas mengenai spekulasi itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu,” katanya seperti dilapor portal berita TMZ.

Biodata Henry Golding

Henry Golding sebelum ini berjaya mencipta kemasyhuran di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada tahun lepas.

Bagi yang tidak mengenalinya, Henry Golding adalah pelakon, model dan pengacara televisyen British-Malaysia.

Henry telah menjadi pengacara The Travel Show BBC sejak 2014. Beliau pernah tinggal di Terengganu sehingga umur 7 tahun sebelum keluarganya berpindah ke England.

Henry Golding berkahwin dengan Liv Lo, seorang pengacara televisyen dan pengajar yoga berketurunan Itali–Taiwan pada Ogos 2016.

Sebelum ini, Henry telah melengkapkan satu tradisi ritual kaum Iban, bejalai dimana ianya adalah upacara Iban bagi lelaki untuk melangkah kepada kelelakian di padang belantara Borneo.

Henry Golding berjalan selama dua bulan di mana beliau membawa peralatan kamera sendiri untuk rancangan TV Surviving Borneo Discovery Channel Asia.

Perjalanannya berakhir dimana Henry menerima cacah ‘tattoo’ bejalai tradisional pada tangannya.

Filem Dibintangi Henry Golding

Henry Golding pernah membintangi filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly dan memegang watak sebagai Iskandar Tan Sri Murad.

Namanya terus menjadi sebutan di dalam dunia perfileman pada tahun 2018 apabila diberi peluang menjadi watak utama di dalam filem adaptasi novel, Crazy Rich Asians.

Selain daripada itu, Henry Golding juga membintang filem A Simple Favor bersama Anna Kendrick dan Blake Lively.

Fakta Menarik Henry Golding

  1. Henry Golding suka bersukan. Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, Henry mengamalkan gaya hidup sihat dengan berlari, menunggang basikal dan melakukan senaman yoga.
  2. Henry sebenarnya memiliki kepakaran dalam menggayakan rambut dan beliau pernah menjalani kursus sebagai pendandan rambut.
  3. Henry sangat rapat dengan ibunya malah jika dilihat di dalam laman instagram miliknya pasti anda dapat melihat begitu banyak gambarnya bersama ibunya.
  4. Henry pernah mengacara rancangan di saluran antarabangsa seperti  ESPN, National Geographic, BBC, Fox, dan NBC Universal.
  5. Henry juga telah melangsungkan perkaheinan dengan seorang gadis berdarah kacukan Itali-Taiwan pada Ogos 2016.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.