Kuih Pai Tee ialah salah satu hidangan masakan Nyonya yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Sedia maklum bahawa kuih Pai Tee ini dihasilkan daripada kulit pastri yang digoreng sehingga ranggup dan diisikan dengan inti sayur serta dicampurkan dengan udang.
Kebanyakan mereka yang tidak meminati untuk memakan sayur, kebiasaannya mereka akan menolak untuk menjamah hidangan ini.
Akan tetapi, lain pula dengan seorang gadis yang tular di laman TikTok rakannya baru-baru ini!
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @mizzatee_, dia merakam aksi kawannya yang menjamah Pai Tee itu tetapi inti sayurnya telah dibuang ke tepi pinggan.
Akibat tidak berpuas hati dengan cara kawannya itu, mizzatee bertindak memuat naik video yang telah dirakamnya itu di laman TikTok.
“geramm jee tengok orang camni .. hahaha,” tulisnya dalam kapsyen.
Difahamkan, mereka berdua bersiar-siar bersama dan mencari restoran untuk mengisi perut mereka.
Akhirnya mereka ke sebuah restoran nasi ayam, mereka terus duduk dan melakukan pesanan di restoran berkenaan.
Sebagai hidangan sampingan, beberapa biji kuih Pai Tee telah dipesan untuk dimakan bersama dengan nasi ayam.
Sambil menikmati makanan tersebut, mizzatee pening melihat rakannya itu mengeluarkan kesemua sayur dalam kuih itu dan hanya menikmatinya bersama dengan sisa inti udang di dalamnya.
“Melanggar hukum makan pai teeee,” tulisnya lagi menerusi video tersebut.
Setiap orang cara lain-lain, apa pun asalkan makanan yang ingin dijamah itu enak dimakan dan sesuai dengan seleranya sahaja itu pun sudah cukup memadai.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat gelagat rakannya itu yang gigih keluarkan sayur untuk menikmati pai tee dengan ‘tenang’.
Bukan itu sahaja, ada yang berkongsikan pengalaman mereka bahawa segelintir daripada mereka pun sama sahaja seperti gadis itu.
Antara komen netizen:
“samalah anak saya haha…”
“Anak sy makan cmni haha ade gak spesis yg same rupanya😂”
“memalukan HAHAHAHAHA”
Video TikTok yang tular: