Connect with us

Viral

Berkeras Nak Sarung Baju Ayah Untuk Hari Kerjaya Di Sekolah, Anak Akui Hargai Pengorbanan Buat Ramai Sebak!

Bila bercakap tengang hari kanak-kanak sedunia, pasti ramai diantara pelajar sekolah rendah mula excited dengan acara sekolah yang diadakan bahkan mempunyai tema yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Tema yang paling selalu kita dengar adalah dengan menonjolkan bakat memperagakan pakaian bersesuaian mengikut cita-cita dan masing-masing.

Seperti yang sering kita lihat, ramai dikalangan pelajar yang ingin menjadi seorang doktor, angkasawan, bomba dan pelbagai pekerjaan berstatus tinggi.

Pun begitu, lain pula ceritnya dengan kisah yang menjentik hati baru-baru ini dimana anak kepada seorang bapa, Mohd Anuar menjadikan kerjayanya sebagai tema kerjaya pilihan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, anaknya, Auni tetap berkeras mahu menyarungkan ‘pakaian seragam’ bapanya untuk diperagakan walaupun telah disuruh untuk memilih pajaian seragam atau uniform lain.

“Hari kanak-kanak sedunia. Tema kerjaya.

“Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga,” katanya

Jika dilihat pada ‘kostum kerjaya’ yang disarungkan itu, bapanya merupakan kakitangan di sebuah majlis perbandaran di Perak.

Budak perempuan ini akui bangga dengan kerjaya bapanya bahkan menjelaskan pekerjaan itu lah yang dapat membesarkannya dengan baik.

“Alahai anak… dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan (dan) tempat tinggal,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap anaknya yang langsung tidak malu akan pekerjaan ayahnya bahkan bangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui sikap terpuji budak perempuan tersebut datang daripada didikan yang hebat dari ibu bapa.

Antara komen warga maya:

“She is very proud of you bang. No matter what job you are doing. Sorry kena tulis english kalau x air mata jantan trun”

“contoh anak yg dibesarkan oleh ibu bapa budiman berjaya mendidik keperibadian mulia dlm diri anak. Tahniah!”


“tetibe sebak nak nanges terus.. bangga die ngn ayah die x kire keje ape pon.. tahniah bang didik anak jd cmni.. moga diorg berjaya dunia akhirat ameen”

Video yang tular di laman TikTok:

@md_anuar Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia

Continue Reading
Advertisement