Hari demi hari, pelbagai aktiviti sudah pun dipermudahkan. Begitu juga dengan aktiviti memasak, sekarang ini terdapat pelbagai bahan masakan tin seperti tin sardin yang lebih mudah dan menjimatkan masa untuk memasak.
Walau bagaimanapun, hendaklah berhati-hati dalam memilih tin sardin itu kerana anda akan terkejut dengan apa yang anda bakal temui di dalam tin tersebut.
Begitulah kisah yang dilalui oleh seorang wanita yang dikongsikan menerusi laman TikToknya @zsueehailalie.
Berdasarkan video yang telah dimuat naik olehnya itu, dia teringin sekali untuk menikmati lauk sardin pada musim sejuk hujan begini.
Lalu, wanita itu pun terus ke dapur dan telah membuka satu tin yang dipercayainya tin sardin lalu memanaskannya di atas dapur.
Setelah wanita itu habis menuangkan isi tin itu, dia berasa pelik dan hairan apabila tiada isi ikan pun yang keluar.
Selepas puas mencari, dia baru tersedar perkara itu terjadi disebabkan kesalahan dirinya sendiri.
Rupa-rupanya tanpa disedari, wanita tersebut tersilap ambil tin yang salah dan mengambil tin berisikan Puri Tomato.
Akibat kesal dengan tindakannya itu, dia hanya mengeluh dan berharap agar orang lain tidak melakukan kesilapan yang sama sepertinya.
Sesiapa sahaja yang mengalami situasi begini, pasti akan tertekan kerana baru rasa teruja untuk memasak dan makan makanan yang diinginkan akan tetapi kena pula fikir masakan lain untuk dibuat disebabkan kesilapan diri sendiri.
Apabila menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terhibur dengan nasib yang menimpa wanita itu.
Tidak lupa juga, terdapat beberapa warga netizen menyarankan agar jangan membazir sebaiknya buatlah masakan lauk lain misalnya spaghetti dengan menggunakan puri tomato yang telah dituang.
Antara komen netizen:
“HAHAHAHA mna sadinnya larii🤣”
“mestu masa die ambik tengok harga je 🤣🤣🤣 sardin skang harga kayangan”
“aku pernah terkena dah siap tumis cili patutlah kosong je mana ikannya😂😂”
“buat kuah spaghetti je lah jawabnya 😂😂”
Video TikTok yang tular: