Anak-anak kecil ini memang tidak dinafikan begitu banyak karenahnya dan perlu dipantau kerap bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Malah bagi kebanyakan ibu bapa jika anak-anak yang selama ini buat bising tiba-tiba senyap, haa maka itulah yang patut dirisaukan!
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di mana seorang ibu berkongsikan pengalamannya sedang mengemas bantu lalu ada pula ‘pembantu’ yang membantunya mengemas.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Puan Syakila di laman TikToknya @syakiladiyana, kelihatan bayi kecilnya itu sedang asyik membantunya dengan menikmati ‘butter’ atau mentega yang bungkusannya sedikit terbuka yang terletak di sebelah peti ais.
“Tolong mengemas yang ni pun. Baru lepas beli barang dapur. Dia capai ni dulu senyap sorang-sorang buat kerja tepi peti ais,” tulisnya dalam video yang tular itu.
Si comel berusia 8 bulan itu terlihat comot dengan kesan mentega di sekitar mulutnya.
Apabila ibunya bertindak ambil semula mentega itu daripadanya, dia terus mahu menangis.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok bayi kecil itu telah meraih sebanyak 1.6M tontonan, 75.7K tanda suka, dan 2196 komen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah si kecil itu yang dalam senyap-senyap buat ‘projek’ lain sewaktu ibunya itu sibuk.
Kebanyakan warganet juga meluahkan rasa geram mereka terhadap kecomelan bayi kecil itu.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka terhadap anak mereka yang juga senyap-senyap buat sesuatu di belakang mereka.
Antara komen netizen:
“cedap ke dek makan butter tu 😂😂😂”
“eeeeee. dia cakap sedap ke tu😅. nape comel sangat”
“boleh die tibai butter cam tu je😅😅. papepon cute la awk adik😍😍”
“hahaha anak sy pun makan sosej dalam plastic, kita dok tgok dia senyap je pastu ropenye ada keje dia buat 😂 bila ambil nagis haha”
“ya allah sama dgn si bolat saya.. bila diambil meraung mcm apa..😂😂anak lah anak”
Video TikTok yang tular: