Connect with us

Viral

“Penyewa dari neraka” Rumah Rosak Teruk & Busuk, Tuan Rumah Kesal Bagi Sewa RM450 Sebulan!

Seringkali kita lihat di media sosial dimana terdapat pelbagai ragam penyewa rumah dan ada diantara mereka yang seakan menjadikan rumah sewa seperti ‘tempat pelumpusan sampah’.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, ‘penyewa dari neraka’ itu wujud persis seperti kisah yang tular baru-baru ini yang mana tuan rumah sewa tidak dapat menahan marah apabila melihat rumahnya dalam keadaan yang sangat busuk dan menjijikkan.

Menerusi video yang dimuat naik, pada awalnya mereka hairan penyewa tidak berjumpa tuan rumah untuk memberikan kunci malah meninggalkannya di dalam peti surat sahaja.

Siapa sangka, masuk sahaja di dalam rumah pasangan ini terhidu satu bau yang terlalu busuk dan keadaan rumah yang sangat teruk.


Dapat kita lihat, lantai dalam keadaan kotor dan kabinet di dapur seakan tidak pernah dibersihkan. Menurut tuan rumah, tandas juga penuh dengan rambut serta kotoran lain.

Tidak cukup dengan itu, barangan yang ditinggalkan seperti katil, almari, aircond, lampu turut rosak dan ada diantaranya yang hancur.

Kedengaran juga suara si suami yang ‘naik hantu’ ketika berbual dengan penyewa menerusi telefon bimbit. Manakan tidak, rumah yang asalnya ditinggalkan cantik, kini busuk dan dalam keadaan teruk.

Lebih terkilan, mereka hanya menyewakan RM400 sahaja untuk rumah teres dua tingkat tersebut dengan harapan penyewa akan menjaga rumah itu seperti rumah sendiri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli melihat sikap pengotor penyewa sekaligus terkejut dengan harga sewaan yang diberi kerana sangat rendah.

“Saya kalau boleh rumah macam ni, memang saya akan jaga dengan baik. Dahlah murah” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar pasangan ini mengambil tindakan yang sewajarnya seperti ‘burn’ kan duit deposit untuk kegunaan membaik pulih dan membersih.

Antara komen wargamaya:

“Kak deposit dia ada ke? burn jelaa kalau ada.. geramnya…”


“Rumah saya pun dulu macam tu.. semua rosak yang pintu pecah tandas rosak semua..”

“Serius ah sebulan 400 rumah 2 tingkat besar pulak tu dalam rumah dia memang murah lah”

“Aku ni pun suka sewa rumah prang juga… satu je benda aku takut.. aku paling takut bila aku keluar ada benda kat rumah sewa tu rosak..”

“Ya Allah kita punya lah risau kalau nak tinggalkan rumah orang duk check dulu semua ok ke tak baru keluar”


Video yang tular di laman TikTok:

@misiteratai Kita ni tuan rumah Bila sewakan rumah memang kita harap la org jaga rumah kita elok2 Kita pk nak org selesa tu pasangkan awing siap mozek kat car porch dengan sewa sebulan rm400 sahaja…mana nak dapat zaman ni Bila rate bank naik baru la kita naikkn sewa pada rm450/sbln Tp sewa manjang tunggak..tapi dia claim bayar terlebih Bila mintak banyak alasan siap ugut kita plk lagi..x padan dengan jandanya Lepas tu tinggalkan rumah cam rumah puaka #penyewadarineraka #penyewapengotor #baukencing ♬ bunyi asal – misiteratai

@misiteratai Alhmdllh bersih dah rumah selepas dicuci berkali2..bau pon settle Plan lepas ni nak Wayering balik dan cat semula Ada berita gembira tau..siang td asben terjumpa dengan wakil persatuan saudara baru dan dia maklumkan ex penyewa tu da dapat bantuan rumah n macam2 bantuan lagi…Alhmdllh rezeki dia..nampak kan rahmat disetiap perkara yg berlaku…harap tu yg terbaik untuk dia sbb sis risau plk kalau owner lain terkene macam sis n yg paling penting dapat rumah tu balik sblm keadaan jd lebih teruk😅…n lepas ni dia pon x gaduh la nak bayar bulan2..walopon sis masih sedikit heran sbb dia kata dia ada 3 biji rumah n banyak tender2 bisnes😅.. #rumahsewamurah #ownernakhealing #tenangributjiwa🍃 ♬ Santai – Faizal Tahir

Continue Reading
Advertisement