Connect with us

Viral

“Real raja sehari” Kawasan Rumah Banjir, Pengantin Tersipu Malu Diusung Naik Gerabak Pergi Nikah!

Bagi mereka yang ingin menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan, sudah pasti mengharapkan agar majlis yang bakal dilakukan berjalan dengan lancar.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, sudahlah hanya sekali seumur hidup dan ianya merupakan hari bahagia dimana penyatuan dua hati yang selalunya dihadiri ramai orang. Tentunya kita mahukan majlis yang ‘smooth’ seperti yang dirancang.

Pun begitu, tidaklah semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Bak kata orang, perancangan manusia adalah usaha, perancangan tuhan adalah takdir.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengantin perempuan terpaksa menaiki gerabak untuk ke lokasi pernikahan gara-gara halaman rumah sudah dinaiki air banjir mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat baik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @noramawi90, dapat kita lihat kereta roda yang dinaiki ditarik oleh ayah tiri mempelai sambil diiringi beberapa orang lain keluarga yang lain.

Sepanjang perjalanan tersebut, pengantin perempuan tersipu malu dek kerana ada yang merakam dan mentertawakannya. Manakan tidak, jarang sekali moment tersebut berlaku dan ianya dianggap ‘rare’ oleh orang ramai.


Walaupun perlu menghadapi situasi sukar namun dia tiba di lokasi pernikahan dengan selamat dan terpancar wajah gembiranya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat masing-masing sekaligus mengucapkan tahniah buat wanita tersebut yang kini telah selamat bergelar isteri orang.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpendapat situasi tersebut akan menjadi kenangan terindah yang akan dibawa sehingga ke hari tua.

Antara komen warga maya:

“Pengalaman & kenangan”

“Ni baru betul raja sehari.. tak payah nak berjalan..”


“Waahhhhh naik limosin sampai depan surau…”

“Rare,, mesti cerita kat anak2 nanti”

“Real pengantin malu”


Video yang tular di laman TikTok:

@noramawi90 Alhamdulillah 🤲 selesai jugak akad nikahnya wlaupun keadaan banjir..Selamat pengantin baru nab & zamri 🤵👰 terpaksa lah pengntin naik gerabak pegi ke surau nasib dekat 😅😅 simpan sini jdi kenangan 🤣🤣🤣#fyppp#nikah#banjir ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official

@noramawi90 Membalas kepada @norlyelezan ♬ bunyi asal – noramawi90

Continue Reading
Advertisement