Pusat Sains Negara (PSN) merupakan sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi yang boleh dilawati oleh setiap peringkat umur. PSN ini juga dibina bagi memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular suatu hantaran di laman sosial Twitter mengenai keadaan semasa fasiliti PSN yang mencuri perhatian orang ramai.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh akaun @_ainmazing, dapat dilihat foto PSN yang masih menggunakan baldi untuk menakung air hujan yang turun daripada kesan bocor bumbung PSN.
Berdasarkan foto yang telah dimuat naik itu, dapat kita lihat beberapa baldi diletakkan bertebaran di atas lantai sedangkan pada waktu itu masih ramai lagi pengunjung yang melawat PSN tersebut.
Difahamkan akibat ciapan tersebut, Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen Tauran meluahkan rasa terkejut melihat penyelenggaraan PSN itu.
Wilfred turut bertanyakan akan bila situasi ini akan berlanjutan dan dibiarkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Bukan itu sahaja, sejak foto itu tular ia turut mencuri perhatian Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang.
Beliau mengeluarkan suatu kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan bahawa tindakan untuk memperbaiki masalah tersebut sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama-sama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Saya telah menerima aduan daripada salah seorang pengunjung Pusat Sains Negara mengenai kebocoran bumbung bangunan tersebut ketika waktu hujan.
“Setelah mendapatkan maklum balas daripada pegawai Kementerian, saya dimaklumkan bahawa siri perbincangan telah diadakan antara pihak MOSTI dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membuat pengubahsuaian terhadap struktur bumbung tersebut.
“Tindakan akan diambil dalam masa terdekat. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan,” tulisnya di dalam posting Facebooknya.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan warga netizen memberikan respon negatif apabila melihat infrastruktur yang dibuat seperti ‘first class’ akan tetapi maintenance masih berada di peringkat ‘third class’.
Antara komen netizen:
Ciapan yang tular: