Connect with us

Viral

Wanita Hairan Anak Basah Lencun, Rupanya Si Bapa Bagi Main Air Pancut Di Mall

Kehadiran cahaya mata akan menambah seri dalam sesebuah keluarga malah gelagat mereka juga sering membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, jika anak dibawah jagaan ayah ketika si ibu sedang sibuk, pelbagai perkara yang akan berlaku seperti aktviti lasak, main perang-perang dalam rumah, tampal sticker kartun di dinding dan banyak lagi bahkan ada juga aktiviti yang terlihat bahaya namun sebenarnya itulah cara mereka berkasih sayang dengan anak.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat budak lelaki ini basah lencun bermain air mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jijibonk, kelihatan seorang budak lelaki sedang berjalan sambil dipimpin pleh penjaga.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian adalah budak itu basah kuyup seperti baru lepas bermain taman tema air.

Siapa sangka, rupa-rupanya itu adalah ‘kerja’ si bapa yang membawa anaknya pergi bermain air pancut di situ.


“Di bawah jagaan bapak selalu end up jadi huru hara macam ni,” kata ibunya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat anaknya dan suami malah berseloroh mengatakan terkadang benda yang tak boleh dilakukan dengan ibu, pasti boleh dilakukan dengan ayah.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui dalam fasa membesar, anak-anak ingin lebih ‘explore’ kehidupan.

Antara komen warga maya:

“Tu tanda budak cerdik.. dia nak explore everything depan mata dia.. saya dari 86 kg  now 55 kg sebab anak”

“Kan dah gigil tu”


“Jimat dah haa, takyah gi waterpark”

“Rasanya kalau aku jadi bapak ni dengan aku2 pon join ahahaha”

“Ayah dia be like: that my boy”

“Semua benda yang tak boleh dengan mak tiber jadi boleh kalau dengan bapak”


Video yang tular di laman TikTok:

@jijibonkDibawah jagaan bapak selalu end up jadi huru hara mcmni 🙄

♬ Originalton – POV’s

Continue Reading
Advertisement