Connect with us

Viral

“Baru jual helmet untung RM30” Pengorbanan Bapa, Sanggup Berkorban Belikan Air ‘Kayangan’ Untuk Anak

Tidak dinafikan, seorang insan bergelar bapa sanggup berjuang apa sahaja buat keluarga tercintanya. Selain berhempas pulas mencari rezeki yang halal, dia juga akan lakukan apa yang termampu untuk melihat isteri dan anak-anaknya bahagia.
Iospital phone repair gombak
Walaupun mempunyai masalah dari segi wang ringgit, bapa tidak akan membiarkan anak mereka merasa kekurangan apatah lagi jika melibatkan kasih sayang.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah membelikan anaknya air ‘kayangan’ dengan wang hasil jualan helmet mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farish_isa, kelihatan mereka sekeluarga berada di sebuah kedai makan dan memesan beberapa jenis air.

Pun begitu, salah seorang anak perempuannya meminta untuk dibelikan air berharga RM15.90 dan demi menunaikan hasrat anaknya, dia memesan air kayangan iaitu “Strawberry Kiss I Love You”.


“Bapaknye minum teh o panas je, yang tu 15 hengget Mat” kata ayah kepada anaknya yang sedang menikmati air kayangan tersebut.

Lebih tersentuh, lelaki itu berkongsi mengatakan bahawa dia baru sudah menjual helmet dan mendapat untung sebanyak RM30.

“Baru dapat orang beli helmet sebijik tadi RM30 untung. Dia boleh order Strawberry Kiss i loveyou ice blend RM16 pulak. Tengoklah muka gembira dia dapat air tu..”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengatakan itulah lumrah seorang insan yang bergelar bapa, menjadi kewajipan untuk memenuhi semua impian anak anak mereka.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui itulah sebab mengapa bapa merupakan kekasih pertama seorang anak perempuan dan berharap agar setiap anak menghargai jasa dan pengorbanan bapa.

Antara komen warga maya:

“Bukan minum sangat pun, dia cuma nak sedap mata memandang je..”

“Aku pernah bang keje part time 12 jam dapat 100 sekali anak balik nak mcd terus abis bang..”


“I feel you.. tapi kita puas hati bila tengok anak gembira dengan hasil titik peluh kita”

“Hehe ni mesti sebab tak berkira kalau bab makan minum, siapa tak sayang anak..”

“Anak bini happy rezeki makin luas bang”


Video yang tular di laman TikTok:

@farish_isa Baru dapat orang beli helmet sebijik tadi RM30 untung. Dia boleh order Strawberry Kiss i loveyou ice blend RM16 pulak . 😒🔥 mmm. Tengoklah muka gembira dia dapat air tu. Geram je aku. #fyp #viral #foryourpage ♬ River Flows in You – Yiruma

Continue Reading
Advertisement