Connect with us

Viral

Sanggup Iring Naik Motorsikal, Suami Risau Nak Lepas Isteri Sarat Hamil Naik Bas Sendirian Ke KL

Pengorbanan seorang suami dalam menjaga keluarganya sememangnya tidak tertanding bahkan sanggup melakukan apa sahaja untuk isteri tercinta dan zuriatnya.
Iospital phone repair gombak
Selagi nyawa dikandung badan, mereka akan memastikan isteri dan anak-anak dalam keadaan baik dan selamat.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang suami sanggup bersusah payah menunggang basikal menemani si isteri yang menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @situnyraishah_98, difahamkan si isteri perlu ke Kuala Lumpur untuk menyertai kursus selama enam hari disana.

Bimbang dengan keadaannya yang sedang sarat hamil 8 bulan, suami yang bekerja sebagai rider penghantar makanan membuat keputusan untuk mengiringi perjalanan si isteri dengan menunggang motorsikal.


Menurutnya, suami boleh memanfaatkan masa 6 hari di Kuala Lumpur untuk mengambil pesanan makanan.

“Tq encik suami..teman pergi KL,walaupun kita pergi berasingan…awk naik motor sy naik bas kadang² kita xnmpk pergorbanan seorang suami tq sbb gagah diri utk teman mak buyung ni pergi khusus dekat KL” Ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu dengan pengorbanan seorang suami yang ingin melihat isterinya dalam keadaan selamat walau dimana jua dia berada.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji kegigihan si suami dalam mencari rezeki dimana dia tidak melepaskan peluang sementara menunggu isterinya.

Antara komen warga maya:

“Kekuatan seorang suami banyak terletak pada isterinya..”

“Jenis macam ni memang betul2 pentingkan keluarga sangat.. rezeki dapat suami yang baik”


“Jagalah dan hormatilah suami mu kak dalam apa jua keadaan susah senang.. 1 dalam seribu”

“Ingat kita dah cukup susah, orang lain lagi susah nak harungi rumah tangga”

“Dia sanggup berpanas dan hujan janji orang yang dia sayang tak kena..”

“Besar pengorbanan seorang suami akak.. saya yang lelaki pun terharu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@sitinuraishah_98 tq encik suami..teman pergi KL,walaupun kita pergi berasingan…awk naik motor sy naik bas #kadang² kita xnmpk pergorbanan seorang suami tq sbb gagah diri utk teman mak buyung ni pergi khusus dekat KL @alongzombie #fyp ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Continue Reading
Advertisement