Connect with us

Viral

Buat Pesanan Seperti Karangan, Peniaga Pening Kepala Baca Permintaan Pelanggan!

Pada masa kini, memesan makanan di atas talian sememangnya banyak memudahkan masyarakat. Manakan tidak, kita boleh membeli apa sahaja makanan melalui online dan akan dihantar sehingga depan pintu. Jimat masa bahkan tenaga.
Iospital phone repair gombak
Jika perasan, bila order makanan di atas talian, ada ruangan dimana kita boleh membuat pesanan tambahan seperti minta agar kurang pedas, extra pedas atau pun taknak sayur dan bermacam lagi.

Pun begitu, adakalanya, pihak vendor terlepas pandang pesanan tambahan daripada pelanggan dan makanan sampai tidak seperti apa yang dikehendaki.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan buat pesanan seperti karangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @widaaa63, kelihatan peniaga seakan pening kepala membaca satu persatu pesanan yang diminta.

Manakan tidak, pesanannya ringkas sahaja dimana dia mahukan kuah yang lebih tak tak mahu sayur namun pembeli tersebut membuat ayat yang sangat panjang seakan karangan novel.


Pada awalnya mereka menyangka itu hanyalah ‘copy paste’ sahaja tapi rupanya dia type satu-satu kerana ayat tidak sama dan berlainan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat peniaga yang pening membaca ayat pelanggan bahkan ada yang berseloroh mengatakan baca order sahaja sudah makan masa 10 minit.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berharap agar pelanggan tidak menyusahkan peniaga untuk melayan karenah pelik apatah lagi jika pada waktu peniaga sedang sibuk.

Antara komen warga maya:

“Kalau tak ada customer sangat boleh laa layan, kalau busy boleh mendatangkan marah”

“Dia memang suka kuah abang ni, sebab tu dia ulang banyak kali.. bagi periuk terus bang”


“Jem jumpa customer macm ni..”

“Patut kena ada limit la berapa words je boleh tulis”

“Order makanan macam buat surat khabar panjang”

“Tapi kalau ye pon jangan la order pelik2 kesian kat peniaga dah blur baca”

“Order lambat sampai sebab owner tengah baca karangan”

“Aku dengar pun peningg.. mesti perempuan yang order ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@widaaa63 Siapa selalu order foodpanda buat karangan🤣🤣🤣 #fyp #foodpanda #viral2021 #restoranmeerazak ♬ original sound – AkakPeyek – SitiWahida

Continue Reading
Advertisement