Connect with us

Viral

“Dah macam syair order dia..” Pelanggan Tinggal Nota Panjang Demand Seafood Lebih Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Zaman serba teknologi canggih kini terdapat pelbagai kemudahan boleh kita gunakan untuk memudahkan urusan seharian dan menjimatkan masa.

Iospital phone repair gombak

Sebagai contoh, wujudnya servis penghantaran makanan seperti Foodpanda, Shopeefood ataupun Grabfood yang sememangnya sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.

Apabila melakukan order secara ‘online’ ini, pembeli disediakan satu ruang iaitu nota tambahan untuk menulis permintaan atau pesanan tambahan yang ingin dilakukan.

Misalnya, pesan makanan jangan terlalu pedas, tidak mahu sayur dan sebagainya.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila seorang rider berkongsikan pengalamannya apabila menerima pesanan daripada seorang pelanggan.

Apa yang membuatkan rider itu terhibur dan hairan adalah apabila pesanan itu disertai sekali dengan nota tambahan yang panjang lebar kepada peniaga makanan sudahkan seperti sedang meluah perasaan dirinya sendiri.

“Nasi goreng seafood – tak nak sayur, bawang dan seangkatannya. Jadi, kena ganti dengan nasi dan seafood lebih. Saya mahu banyak bagi padan patut dengan harga. Saya lapar sangat dah ni, boleh makan kerbau sekor dah.

“Sayang makcik atau pakcik tukang masak tau. Masaklah makananku dengan penuh kasih sayang wahai oraang-orang tersayangku..”, tulis pelanggan tersebut.

Apabila menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan nota tersebut akan tetapi ada beberapa individu berasa marah kepada pelanggan berkenaan kerana terlalu banyak permintaannya dan dianggap ‘banyak songeh’.

Bagaimanapun menurut rider Foodpanda itu, kemungkinan pelanggan itu mungkin berasa sangat lapar sehinggakan dia bertindak untuk menaip pesanan yang begitu panjang ini.

“Jangan la marah dia. Dia cuma budak yang kelaparan. Dia mungkin dah lapar sangat sampai taip macam ni. Saya faham perasaan itu sebab saya dari pagi cuma makan sandwich buatan si dia dengan kopi ais sebungkus beli kat Mamak Ayza Seksyen 16. I feel you,” kata rider tersebut.

Antara komen netizen:

“taknak sayur, nak ganti dgn seafood extra. jauh beza harga tu ui”

“Aku klau tk nk sayur. Tulis tknk sayur je. Xde kuasa nk mnta nasi lebih sbagai ganti. Haha. Yg tk mkn syur tu spe suruh bukan tuan kdai punya psal”


Video TikTok yang tular:

@key_din Abang/akak mesti dah lapar sangat sampai taip panjang macam ni. Saya faham perasaan itu sebab saya dari pagi cuma makan sandwich buatan si dia dengan kopi ais sebungkus beli kat mamak ayza Seksyen 16. I feel you. 😭 #foodpanda #shahalam #delivery #rider ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Continue Reading
Advertisement