Connect with us

Viral

Pelancong Wanita Belajar ‘Cebok’ Guna Air Paip Setelah Melawat Malaysia, Akui Lebih Bersih

Dalam kehidupan, terdapat pelbagai jenis budaya dan cara hidup bahkan apa yang kita lihat di Malaysia adakalanya berbeza bila di negara lain.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairan lah jika ada perbezaan dari segi cara makan, cara bekerja, cara mandi dan termasuklah cara penggunaan tandas.

Bagi mereka yang gemar melancong, pastinya tahu sebahagian negara luar tidak menyediakan paip air dan kebanyakan penggunanya mencuci bahagian sulit mereka menggunakan tisu.

Pun begitu, ada juga pelancong luar yang mula sedar bahawa cara pembersihan alat sulit menggunakan air jauh lebih bersih daripada tisu.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bernama David Vujanic, seorang individu yang popular di Twitter dan berasal daripada Croatia akui caranya membasuh alat sulit berubah setelah melancong ke Egypt dan Malaysia.

Lebih menarik, dia turut memasang paip air di rumahnya yang dahulu hanya menggunakan tisu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum apabila negara Malaysia menjadi perhatian apatah lagi bila disebut oleh pelancong luar tentang perkara yang positif.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan ketamadunan mungkin baru sampai di dunia barat.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement