Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Seringkali kita dengar, dimana makluk ini seakan memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.
‘Mereka’ selalunya berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang.
Namun, Ada juga yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya bahkan lebih ‘extreme, menunjukkan wajahnya.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki sempat merakamkan sosok pontianak mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, pada awalnya lelaki itu hairan mengapa jumlah ayam yang dibelanya semakin hari semakin berkurangan.
Sehingga pada satu malam dia nekad untuk tidak tidur kerana mahu menunggu dan mencari tahu punca kehilangan haiwan peliharaannya dari reban.
Siapa sangka, rupa-rupanya dia berjaya merakamkan kelibat makhluk berambut panjang dipercayai ‘cik ponti’ yang berdiri betul-betul di tepi reban ayam itu.
Lelaki tersebut yang sangat tenang mengawal situasi dengan berani menyuluh muka makhluk itu yang hanya kaku berdiri sebelum melarikan diri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut meremang melihat sosok pontianak tersebut yang dikatakan sangat real dan jelas.
Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan keberanian lelaki itu berdepan dengan pontianak tersebut pada jarak yang dekat.
Antara komen warga maya:
“Menangis semua paranormal tengok video ni bang.. memang terbaik”
“Ini pertama kali saya baru betul2 nampak hantu”
“Paling jelas muka setakat ni.. padu”
“Biasa paranormal akan terjerit lari lintang pukang bila nampak hantu.. tapi [akcik ni relax je.. boleh ajak semabng pula.. baru otai..”
“Tak payah pergi jauh2.. dekat reban je buat paranormal”
“Hantu be like, baru ja datang dah kena tuduh tiap2 malam mengacau ayam”
“Ponti: harap harap dia tak nampak aku nyorok tepi ni”
“Kalau aku dah pengsan dekat situ”
“Kalau aku lari tak cukup tanah sebulan demam cek oi..”
Video yang tular di laman TikTok: