Connect with us

Viral

Bapa ‘Pergi’ Ketika Di Umrah, Bigboss Imamkan Solat Ghaib Di Mekah Undang Sebak Ramai

Walaupun namanya mungkin tidak se’gah’ usahawan tempatan lain yang sudah popular, pengasas produk Avenys, Aleeya Zailan ini semakin dikenali ramai kerana sering melakukan ‘live’ memasak dan berkongsi video menghiburkan lebih-lebih lagi mengenai anak-anaknya di laman TikTok.
Iospital phone repair gombak
Bahkan terdahulu namanya pernah disebut ramai apabila masak sendiri makanan untuk 340 golongan asnaf dan jemaah di Masjid As Syakirin.

Seperti yang kita tahu, Aleeya dan suami atau senang disapa ‘Bigboss’ pergi menunaikan umrah bersama anak-anak.

Namun belum sampai seminggu mereka disana, Aleeya telah menerima khabar duka tentang pemergian bapa mentuanya.

Haji Abdul Aziz Baharum atau lebih mesa digelar dengan nama Tok Aziz menghembuskan nafas terakhir pada jam 5:22 pagi, tanggal 21 Disember iaitu Rabu lalu.

Menjawab persoalan ramai, Aleeya dan suami menjelaskan mereka tidak pulang ke Malaysia malah mendoakan bapanya daripada jauh sahaja.


Mereka juga sempat membuat solat ghaib untuk Allahyarham Tok Aziz yang diimamkan oleh Bigboss sendiri.

Dapat juga kita lihat wajah bigboss yang selalunya ceria namun sugul ketika membuat video call yang terakhir dengan bapanya.

“sedih sangat kami tak dapat bersama abah ketika saat terakhirnya.. Allah maha mengetahui dan ini adalah dugaan buat kami sekeluarga sementara berada disini. Anak-anak semua rindukan abah… mereka sayang sangat kat atok aziz ni. manjanye mereka dgn atok aziz x yah cakap la. semoga Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah (dibaca)” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata tumpang sedih memandangkan Tok Aziz seringkali muncul di video live Aleeya sebelum ini.

Bukan itu sahaja, netizen juga menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman TikTok:

@aleeyazailanavenyssedih sangat kami tak dapat bersama abah ketika saat terakhirnya😭 Allah maha mengetahui dan ini adalah dugaan buat kami sekeluarga sementara berada disini. Anak-anak semua rindukan abah… mereka sayang sangat kat atok aziz ni. manjanye mereka dgn atok aziz x yah cakap la. semoga Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah (dibaca)♬ original sound – Aleeya Zailan

Continue Reading
Advertisement