Sebelum ini, seorang bayi comel dikenali sebagai Dhuhaa Sophea Stumbrys mula menjadi sebutan di media sosial kerana wajahnya yang terlalu comel.
Si comel kacukan yang kini berusia 3 tahun, merupakan anak seorang wanita melayu berasal dari Malaysia, Siti Safuraa Hamzah, 32, dan Asadullah Stumbrys, 33, lelaki yang berasal dari Russia.
Dhuhaa Sophea telah dilahirkan pada 29 September 2016 di Stockholm, Sweeden.
Pada mulanya, ibu Sophea, Siti Safuraa mula berkongsi foto Sophea bermula September 2016 di akaun Instagramnya @ctsafuraa dan mendapat perhatian netizen.
Dhuhaa Sophea ternyata sangat comel dengan matanya yang bulat, macam anak patung sehinggakan ramai yang menyangka ibunya memuat naik foto Dhuhaa yang telah diedit.
Sophea dikurniakan dengan sepasang mata galak yang cantik dan bulu mata yang panjang menjadikannya kelihatan seperti anak patung.
Walaubagaimanapun, apabila melihat sendiri beberapa buah video yang dimuat naik, ternyata Dhuhaa Sofea memang sangat comel dan layak dinobatkan sebagai Bayi Paling Comel 2017!
Sehingga kini, Instagram @ctsafuraa memiliki 225 ribu pengikut, malah foto-foto Dhuhaa Sofea yang dimuat naik disukai lebih 8 ribu hingga 30 ribu pengikut.
Terbaru, gambar-gambar Sofea yang sudah berusia hampir 3 tahun kembali menjadi viral apabila wajahnya yang dahulunya sangat comel kini menjadi semakin cantik!
Ibunya sering memuatnaik foto-foto si comel ini di laman instagram yang membuatkan para pengikut menjadi sangat ‘geram’.
Ramai pengikut instagram ibunya memuji kecomelan Dhuhaa Sophea dan berharap dapat memiliki anak yang comel macam Dhuhaa Sophea.