Momen di mana teman lelaki mengajak perempuan ke rumah untuk berjumpa kedua ibu bapanya buat kali pertama antara detik yang ‘menyeramkan’.
Ya lah, lagi-lagi nak berhadapan dengan ibu si dia. Mendebarkan! Oleh itu, kebanyakan gadis akan mengambil langkah untuk menunjukkan sisi yang positif agar disukai bakal mertua.
Bagaimanapun, lain pula cerita yang disampaikan oleh gadis bernama Bella ini ketika pergi bertandang ke rumah teman lelakinya, membuatkan para gadis di luar sana takut untuk bertemu ibu si dia.
Menerusi video yang dikongsikan gadis ini di TikTok, Bella menceritakan pada mulanya baik-baik sahaja kerana dia dijemput untuk makan sekali.
Namun tanpa disangka-sangkanya selepas itu, dia disuruh untuk menghangatkan makanan dan membuat kerja dapur yang lain, dilayan seperti bukan tetamu.
Yang lebih mengejutkan, ibu teman lelakinya itu turut memberi jelingan tajam kepada Bella seperti dirinya tidak tahu membuat kerja dapur.
Sejujurnya, Bella berharap agar wanita berkenaan akan melarangnya untuk mencuci pinggan. Namun, sangkaannya meleset apabila dia diminta membasuhkan semua piring kegunaan orang lain yang ada di dapur.
Situasi itu membuatkan Bella sempat terbayang akan nasibnya jika bergelar menantu nanti. Bella memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dengan pasangannya.
Ramai yang menyokong keputusan Bella. Bahkan menyatakan bukanlah kaum gadis ini berkira untuk buat kerja rumah, tetapi seorang wanita juga berhak memilih keluarga mertua yang menyenangkan dan bukan sebaliknya.
Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata berpendapat perempuan kini bukan sahaja perlu pandai memilih pasangan tetapi mertua juga agar kesihatan mental terjamin kelak.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“klo dlu seleksi mantu, skrg anak2 muda nya yg seleksi mertua 😂”
“Tapi setuju yah, seleksi mertua dan keluarga nya juga penting banget lho.. Karena itu juga akan menentukan rumah tangga kedepan nya.. Percaya deh”
“seleksi mertua penting jg, krna khidupan stelahnya akan sangat diluar dugaan, drpd mental ga kuat lbih baik jaga diri”
“Zaman skrng cewek cewek harus seleksi mertua ya, wkwkwkk.”
“seleksi pasangan, harus. seleksi mertua, juga harus. CATAT YGY”
Video yang tular di laman TikTok