Connect with us

Viral

Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat Dengan Sekali Lafaz, Momen Bahagia Pasangan Istimewa Ini Curi Tumpuan Netizen!

Jodoh itu misteri, kita tidak akan pernah tahu siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita. Mana-mana pasangan yang ingin berkahwin tentunya mengimpikan alam rumah tangga bahagia bersama.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun sebelum berkahwin, ilmu perkahwinan haruslah diketahui terlebih dahulu termasuklah pasangan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan pasangan OKU ini sedang diijab kabul dengan menggunakan bahasa isyarat yang jarang kita lihat sebelum ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sliexpertservice, telah dipaparkan momen-momen gembira dan sedih pasangan tersebut disebabkan kekurangan mereka itu sebenarnya tidak menjadi penghalang buat mereka untuk mendirikan rumah tangga bersama.

“Alhamdulillah selesai majlis pernikahan Hamizan dan Shafiyah. semoga kekal hinggakm ke syurga. amin” tulis perakam yang dikenali sebagai Siti di ruangan kapsyen video yang tular tersebut.

Pada awal rakaman video tersebut, kelihatan pengantin perempuan yang bernama Shafiyyah sedang bersiap sebelum memasuki masjid untuk sesi akad nikah dijalankan.

Lelaki yang menjadi wali dipercayai merupakan ayah Shafiyyah, melafazkan akad kepada bakal pasangan anaknya itu yang juga istimewa, Hamizan.

Difahamkan penterjemah majlis yang berdiri di hadapan lelaki itu menterjemahkan lafaz-lafaz tersebut dengan menggunakan bahasa isyarat.

Setelah selesai daripada pihak wali, Hamizan pula ‘melafazkan’ akad menggunakan bahasa isyarat lalu diterjemahkan kepada perkataan oleh penterjemah tersebut terhadap ayah Shafiyyah.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah menerima sebanyak 2807 tontonan, 271 tanda suka, dan 12 komen di platform laman sosial tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur kepada pasangan sejoli itu kerana berjaya menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.

Ada juga individu yang mendoakan agar pasangan itu dikurniakan kebahagiaan sampai ke akhir hayat.

Antara komen netizen:

“selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke akhir hayat”

“Alhamdulillah…tahniah Hamizan”


Video TikTok yang tular:

@sliexpertservice Alhamdulillah selesai majlis pernikahan Hamizan dan Shafiyah. semoga kekal hinggakm ke syurga. amin #bahasaisyaratmalaysia #orangpekak #akadnikah #jurubahasabim #jurubahasaisyaratmalaysia #muslimweddingceremony #penang ♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Continue Reading
Advertisement