Siapa tidak kenal dengan The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson ni bukan? Bekas ahli gusti yang memiliki penampilan ganas dan ‘sado’.
Sekali tengok, memang gerun dengan muka yang serius namun siapa sangka, dia lah manusia yang paling lembut jika meluangkan masa bersama anak perempuan.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana pelakon Filem Black Adam ini berkongsi moment dimana dia membiarkan anak perempuannya iaitu Jasmine Johnson dan Tia Giana Johnson mendandankannya mencuri perhatian ramai.
Dapat kita lihat, The Rock didandan dengan menggunakan rambut palsu malah dia juga sempat meninggalkan kapsyen lucu.
“Pagi pertama di rumah, seawal jam 8 pagi, mereka sudah bersiap sedia untuk berikan ‘makeover’ kepada ‘Dwanta Claus’ sebelum Krismas bermula.”
“Saya tak lihat diri saya di dalam cermin, tapi saya rasa saya sangat ‘cool’. Dwanta perlukan tutu dan ‘DIG-NUH-DEE’ (maruah),” tulisnya
Lebih lucu, anaknya cuba memakaikan The Rock skirt namun tidak muat dan akhirnya tersangkut dikepala.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka anak-beranak malah akui The Rock sangat ‘sweet’ melayan karenah anak perempuannya.
Bukan itu sahaja, sebelum ini juga The Rock sering berkongsi video sedang bermain bersama anak-anaknya yang masih kecil membuatkan ramai yang memuji sikap The Rock.
Antara komen wargamaya:
“Daddy’s gonna look pretty”
“Your girls love you.. may God bless them”
“They are so sweet”
“Daddy looks so pretty”
“You are an excellent father”
“You look so cool hahaha”
“Wow that should be your new look”
“No matter you are Rock or what, you are father 1st”
Video yang tular di laman Instagram: