Connect with us

Viral

“Sumpah tak best..” Cabar Diri Jadi Gelandangan Berbekalkan RM2, Pengalaman Pemuda Ini Buat Ramai Sebak

Setiap insan mempunyai kesulitan dan kesukaran hidup masing-masing. Begitu juga dengan nasib gelandangan, demikian ianya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilalui oleh sesiapa sahaja.

Iospital phone repair gombak

Demi meneruskan hidup, mereka terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain untuk memenuhi perut mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, masih ada rakyat Malaysia yang berhati mulia sanggup menghulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok ini @helmi_juhari, dia mengambil cabaran dan mencabar dirinya untuk hidup sebagai seorang gelandangan bagi merasai sendiri apa yang dirasakan oleh mereka.

“Sumpah tak best jadi gelandangan. Lapar, sejuk, nyamuk, anjing kacau dan lain-lain. Kalau jumpa homeless korang bantu lah,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

Menerusi video yang telah dimuat naik itu, Helmi menyatakan bahawa dia hanya bawa RM 2 sahaja akan tetapi akhirnya dia menyesal kerana berasa sangat lapar pada malam itu.

“Hari ni aku cabar diri untuk hidup menjadi homeless. Caj handphone dekat Shell. Sengaja aku bawa RM2 sahaja. Tapi sumpah menyesal. Sebab aku lapar gila. Aku tidur dekat Lebuh Pantai, sebab takda hotel yang RM2 semalaman,” katanya.

Namun begitu, ada juga insan yang baik hati memberikan sebiji burger dan air yang telah diminum kepadanya.

“Tiba-tiba ada brader rempit hulur burger dan air yang dah diminum. Tapi aku ambil je, sebab lapar. Thank you brader,” jelasnya lagi.

Berdasarkan bahagian kedua video tersebut pula, Helmi berjalan di Padang Kota selepas menjamah burger yang telah diberikan itu.

Katanya mahu membeli air, tapi apakan daya duitnya hanya tinggal RM 1 sahaja kerana lagi RM 1 terjatuh di pantai.

Kemudian dia menegur seorang penjual air dan meminta izin untuk membeli airnya dengan harga RM 1 kerana itu sahaja duitnya yang masih ada.

Alhamdulillah dipertemukan dengan orang baik-baik, penjual air itu bukan sahaja berikan Helmi air secara percuma malah turut membelikan satu not RM 20 buat belanja.


“Pastu brader ni kata “air mineral RM 1 ja tapi takpa abang ambil je minum, saya belanja. Pastu ambil duit ni buat beli makan..” mengalir air mata aku weh,” luahnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai individu yang berkongsikan pengalaman mereka pernah menjadi gelandangan suatu ketika dahulu.

Antara komen netizen:

“Ya. Sy penah rasa dgan husband, mak, and baby bru 4 bulan and sy tgh pregnant. Ada duit pon mse tu rm10 je. Baby tdo kat bustop je”

“blh rasa jgk mcm mana jadi homeless,solo ride dri kelantan ke kl sje nk jlan2,tidur surau pam minyak,pastu cari tmpt tidur lain plk,saje je nk feel”

Video TikTok yang tular:

@helmi_juhari Sumpah x best hidup sbgai homeless. Lapar, sejuk, nyamuk, anjing kacau, dan lain2. Kalau jumpa homeless, korang bantu la. #CapCut #penang #cabardiri ♬ Glimpse of Us – Joji

@helmi_juhari Replying to @roronoa zoro brader ni buat aku terharu, aku harap suatu hari nnt brader ni berjaya dlm hidup. #penang #padangkota #cabaran #homeless ♬ Glimpse of Us – Joji

Continue Reading
Advertisement